Carian
Mengapa Masalah Pundi Kencing Aktif Berlaku – Bolehkah Ia Dialami Oleh Individu Muda?
October 11, 2022 Lina Rosli

Masalah pundi kencing yang terlalu aktif ini kebiasaannya berlaku secara tiba-tiba yang mana individu mengalami kebarangkalian untuk mempunyai keinginan membuang air kecil secara tiba-tiba dan boleh menyebabkan air kencing bocor.

Rata-rata masalah pundi kencing ini paling biasa berlaku pada orang dewasa yang lebih tua, terutamanya wanita yang lebih tua, tetapi kadangkala ia boleh berlaku pada orang muda juga.

Dalam istilah kesihatan, pundi kencing yang terlalu aktif (OAB) adalah sejenis inkontinensia kencing (urinary incontinence). Baru-baru ini, kajian yang dijalankan di Colombia menganggarkan bahawa keadaan itu menjejaskan hampir 31.7% individu di dunia.

Penyelidikan pada tahun 2015 pula mendapati bahawa dalam kalangan hampir 2,000 wanita berumur purata 21 tahun, 12.4% melaporkan mengalami inkontinensia kencing. Daripada jumlah itu, 3.4% mengalami inkontinensia kencing mendesak (pundi kencing yang terlalu aktif), manakala 1.9% lagi mengalami pelbagai jenis inkontinensia kencing.

Mengapa Masalah Pundi Kencing Aktif Boleh Berlaku?

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada risiko pundi kencing aktif adalah disebabkan oleh kelemahan otot termasuk kehamilan, bersalin dan menopaus.

Namun, untuk individu lain, ia boleh terjadi akibat daripada:

  • berat badan berlebihan
  • kerosakan pada saraf yang mengawal kencing, yang mungkin disebabkan oleh keadaan termasuk diabetes, strok, dan sklerosis berganda
  • sembelit jangka panjang
  • genetik
  • pembedahan yang merosakkan otot lantai pelvis

Bolehkah Masalah Pundi Kencing Aktif Dialami Oleh Individu Muda?

Terdapat beberapa punca atau faktor utama kepada masalah ini berlaku dalam kalangan individu muda termasuklah:

  • peningkatan umur
  • perubahan gaya hidup yang memberi kesan kepada tekanan darah tinggi
  • mengalami diabetes atau penyakit buah pinggang
  • mempunyai kapasiti pundi kencing yang rendah

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah nocturia termasuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih baik untuk mengelakkan terjadinya masalah kesihatan yang lebih berat.

  1. Kurangkan makan dan minum sebelum tidur – Pastikan anda mengurangkan pengambilan makanan dan minuman sebelum tidur. Anda disarankan untuk berhenti makan dan minum dua jam sebelum tidur terutamanya minuman yang mengandungi alkohol dan kafein.
  2. Lakukan senaman dan kawal berat badan – Tingkatkan tahap kecerdasan dengan melakukan senaman, terutama senaman ringan seperti yoga. Anda juga digalakkan untuk mendapatkan berat badan yang ideal bagi mengurangkan kadar tekanan darah tinggi pada tahap sempurna. 
  3. Kurangkan garam dalam makanan – Hadkan pengambilan garam harian
  4. Pergi ke tandas sebelum tidur – Jadikan proses buang air kecil sebelum masuk tidur sebagai satu amalan.
  5. Ambil bahan diuretik pada waktu siang – Bagi individu yang mengambil ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan, pastikan anda memakannya selewat-lewatnya pada waktu tengahari.
Komen