Lina Rosli Diterbitkan 13 October 2022

Kini Boleh Bayar Minuman Di Tealive Menggunakan Setel Pay

Tahukah anda, kini anda boleh melakukan pembayaran secara nirtunai di beberapa cawangan Tealive terpilih menggunakan Setel Pay?

Berdasarkan perkongsian di laman rasmi Setel, sokongan pembayaran ini telahpun ditawarkan sama ada menerusi pesanan terus di kedai fizikal atau anda juga boleh mendapatkannya melalui pembelian di Deliver2me.

Bagaimana Cara Untuk Pembayaran Menggunakan Setel Pay?

Berikut adalah tiga langkah utama yang perlu anda ikuti:

  1. Kunjungi ke lokasi Tealive terpilih. (Ini senarai lokasi Tealive yang menawarkan bayaran menggunakan Setel)
  2. Lakukan pesanan minuman dan makanan kegemaran dan kemudian pilih sokongan pembayaran ‘Setel’.
  3. Pastikan baki nilai dalam akaun mencukupi dan beri kod QR kepada pekedai untuk diimbas.
  4. Akhir sekali, masukkan amaun bayaran bagi pesanan anda dan mula bayar.

Anda juga digalakkan untuk menambah nilai amaun yang diinginkan ke dalam dompet digital menggunakan GrabPay untuk jana lebih banyak ganjaran.

Untuk menggunakannya, jangan ketinggalan untuk memuat turun versi aplikasi Setel yang terkini secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.