Tahukah Anda Gigi Adalah Satu-Satunya Anggota Badan Yang Tidak Boleh Sembuh Dengan Sendiri?
Lina Rosli
Mengapa gigi tidak boleh sembuh dengan sendirinya? Jawapannya adalah disebabkan gigi bukan terhasil daripada gabungan tisu yang kebiasaannya menjadi tonggak utama dalam membentuk kulit atau tulang. Tetapi tisu dibentuk menerusi enamel yang mana ia merupakan mineral yang tidak mempunyai banyak sel dan juga tisu.
Untuk pengetahuan anda, sel adalah sebab yang mana akan menggerakkan proses penyembuhan dalam badan kita, sementara enamel pula merupakan lapisan luar gigi yang berfungsi dalam membentuk penghalang penebat yang melindungi gigi daripada daya fizikal, haba dan kimia yang akan mencederakan tisu penting dalam pulpa gigi yang mendasarinya.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna gigi langsung tidak mempunyai sebarang sel. Menurut doktor gigi, pangkal akar gigi hadir dengan sejumlah sel yang berfungsi dalam memberi pembaikan pada kawasan antara gigi dan gusi. Disebabkan itu, anda boleh mengalami rasa sakit gigi sekiranya berlaku sesuatu pada kawasan tersebut.
Tambahan lagi, dengan adanya sel di kawasan atau permukaan berkenaan, ia turut akan membuatkan individu dapat merasakan sensasi ketika makan dan minum seperti sejuk dan juga panas.
Harus diingatkan juga, pastikan anda tidak terkeliru berkenaan bahagian gigi dan juga gusi kerana kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza. Gigi adalah bagian kecil yang terdapat di rahang atas atau bawah. Setiap gigi tertanam di dalam gusi, dan akarnya akan menembusi garis gusi dan masuk ke dalam tulang rahang.

Rata-rata individu sering berpendapat bahawa gigi kelihatan seperti satu anggota atau entiti yang terbentuk tanpa lapisan yang banyak. Namun, ia adalah tidak benar.
Gigi sebenarnya tidak semudah gambaran yang anda lihat di permukaan. Ia juga terdiri daripada beberapa komponen iaitu enamel, dentin dan pulpa.
- Enamel (lapisan luar) – Dibentuk oleh ameloblast yang hilang apabila gigi anda tumbuh. Kesan daripada itu, enamel dilihat tidak mempunyai sifat pembaikan diri.
- Dentin (lapisan tengah) – Terdiri daripada dua jenis dentin iaitu dentin sekunder yang dirembes secara perlahan sepanjang hayat individu dan juga dentin tertier yang bertindak sebagai perengsa seperti pereputan.
- Pulpa (lapisan dalam) – Merupakan kawasan yang menempatkan tisu saraf dan vaskular, dan mengandungi odontoblas (bahan yang membentuk dentin) serta sel progenitor.
Ringkasnya, perbezaannya ialah gigi tidak mempunyai sel yang sama seperti tulang, dan akibatnya, mereka mempunyai keupayaan yang sangat terhad untuk membaiki diri mereka sendiri. Oleh sebab itu, penjagaan gigi amatlah penting bagi memastikan kesihatan gigi terjamin.
Sumber: Exquisite Dentistry