Khas pencinta makanan, Marrybrown sekali lagi memulakan pengembaraan Around the World sambil berSarang-K di semua cawangan mereka di seluruh negara.
Melaluinya, rakyat Malaysia kini boleh mengucapkan annyeong dengan menu K-Crunch Marrybrown – hidangan berinspirasikan Korea yang akan menggamit selera dengan keenakan gabungan rasa pedas dan manis.
Seperti budaya K-Pop yang menarik dan mengasyikkan, menu K-Crunch merupakan hidangan sensasi yang diperbuat dari bahan-bahan berkualiti untuk menghasilkan citarasa sentuhan Korea dengan sempurna.
Penggemar kini boleh seakan merasakan keindahan Seoul hanya dengan menikmati hidangan K-Crunch Chicken Combo yang didatangkan dengan 2 ketul ayam rangup, bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa “yuzu” dan markisa yang menyegarkan pada harga bermula RM20.90.
Bagi penggemar burger pula, dapatkan kelazatan K-Crunch Chicken Burger Combo yang dihidangkan bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz pada harga bermula RM16.90.
Jika anda mahu menikmati kesemua menu, K-Crunch Box Meal adalah pilihan yang ideal. Dengan harga bermula dari RM26.50, anda boleh mencuba hidangan lengkap dengan K-Crunch Chicken Burger, 1 ketul K-Crunch Chicken, 2 ketul Chicken Dumpling, kentang goreng dan minuman K-Fizz. Peminat juga boleh menambah K-Crunch Chicken Dumpling and Cheesy Sausage yang berharga RM7.90 dan Kimchi Rice Bowl Combo pada harga RM13.10.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, MB App, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, anda boleh layari laman rasmi Marrybrown bermula hari ini.