Sekiranya anda peminat froyo llaollao, sudah tentu anda tidak mahu ketinggalan dalam mencuba produk istimewa daripada jenama ini. Untuk pengetahuan anda, llaollao kini kembali dengan penawaran yang berbeza dari biasa iaitu froyo llaollao yang boleh didapati dalam balang dan dikenali sebagai llaollao Grab-n-Go Tub.

Sama dengan penawaran froyo yang lain, penggemar turut boleh menambah hiasan atau toppings yang digemari. Ia kemudiannya akan disusun secara berlapis bagi memastikan setiap gigitan dapat dinikmati secara maksima.

Berdasarkan perkongsian poster oleh llaollao, froyo ini telah tersedia kepada umum dan ianya boleh dibeli pada harga RM25.90 sebalang. Untuk mendapatkannya, anda perlu mengunjungi ke mana-mana rangkaian llaollao berderkatan anda.