Carian
KFC Hadir Dengan Promosi – 2 Kombo Snack Plate Berharga Hanya RM20 Pada 20 Oktober
October 19, 2022 Lina Rosli

Terhad pada 20 Oktober 2022, KFC menawarkan promosi untuk 2 hidangan kombo Snack Plate pada harga hanya RM20 sahaja. Di dalamnya menampilkan 2-ketul ayam goreng Original atau Hot & Spicy yang dihidangkan bersama-sama dengan kentang putar, coleslaw dan ban butterscotch dalam setiap kombo.

Bagi yang tidak mengetahui, harga normal pada hari biasa untuk set kombo ini adalah RM16.99 yang mana sekiranya anda memesan dua hidangan, jumlah keseluruhannya akan menjadi RM33.98.

Menurut KFC, penawaran promosi ini adalah salah satu bentuk ‘terima kasih’ mereka kepada rakyat Malaysia atas kesetiaan dan sokongan yang diberikan sepanjang perkhidmatan. Ini juga selari misi KFC yang kekal komited dalam memastikan harga yang ditawarkan berpatutan selaras dengan nilai dan kualiti tanpa kompromi.

Bukan itu sahaja, KFC sebelum ini turut hadir dengan polisi baharu iaitu “Rasa Berkualiti Terjamin” yang mana menerusinya, pelanggan boleh menukar ayam yang dianggap tidak memuaskan dengan hanya imbas kod QR unik yang disediakan di restoran, isi borang penukaran untuk mendapatkan gantian.

Komen