Carian
7 Jenis Pemandu Di Malaysia – Yang Manakah Satu Anda?
October 20, 2022 Lina Rosli

Sebagai seorang pemandu, saya sudah menemui pelbagai jenis pemanduan di jalan raya selain turut telah berhadapan dengan bermacam-macam jenis situasi semasa memandu.

Ada yang memandu dengan lancar dan tenang, tetapi ada juga yang memandu secara terburu-buru dan ingin memotong, menyalakan lampu dan membunyikan hon kerana marah.

Tahukah anda, di Malaysia, kira-kira 1.35 juta kes kematian telah direkodkan akibat daripada kecelekaan dan kemalangan jalan raya setiap tahun? Dan sekitar 3,700 kes kemalangan yang menyebabkan kematian telah berlaku setiap hari.

Rentetan daripada ini, adalah penting untuk setiap individu sentiasa peka dengan keadaan persekitaran sewaktu memandu. Hal ini kerana, ia bukan sahaja melibatkan cara pemanduan anda, tetapi juga pemanduan orang lain yang memberi kesan kepada pemandu, pejalan kaki dan penunggang basikal yang lain.

Setiap pemandu mempunyai gaya pemanduan, budaya dan personaliti yang berbeza. Jadinya, apa yang perlu anda lakukan adalah mengetahui jenis-jenis pemandu berdasarkan cara pemanduan mereka. Untuk mengetahuinya, berikut adalah tujuh jenis pemandu, ciri-ciri mereka dan cara terbaik untuk menanganinya.

Kaki Laju Atau ‘The Speedster’

Salah satu raja di jalanan, The Speedster merupakan jenis pemandu yang merasai keseronokan perjalanan dan melanggar semua peraturan kelajuan.

Jenis pemandu ini adalah yang suka tergesa-gesa mengekori, memintas secara paksa orang lain yang mematuhi had laju. Dan disebabkan itu, memandu berdekatan dengan kereta laju seperti ini juga boleh menyebabkan pemandu hilang kawalan. Ini kerana, kereta yang berada dalam keadaan laju akan lebih mudah berpusing selain mempunyai daya cengkaman keseluruhannya dengan jalan raya menjadi lebih rendah.

Pemandu Selamat Atau ‘The Sloths’

Selain memandu laju, memandu terlalu perlahan juga boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Ia tidaklah disebabkan oleh keadaan kereta, tetapi ia boleh memberi kesan kepada kewarasan pemandu lain. Mereka bukan sahaja memandu jauh di bawah had laju, malah menyebabkan pemandu lain menekan brek kecemasan semata-mata untuk mengelak daripada bertembung dengan mereka.

Pemandu Gugup Atau ‘The Nervous Driver’

Jika anda sedang memandu dan terserempak dengan pemandu yang gugup, elakkan memecut dengan pantas dan berpusing di sekeliling mereka.

Disebabkan oleh tabiat mereka yang ‘indecisive‘, ia menyukarkan pemandu lain untuk mengenalpasti tindak tanduk dan langkah mereka yang seterusnya. Dan ini boleh membawa kepada pergerakan yang tiba-tiba.

Oleh itu, apa yang perlu anda lakukan adalah memastikan jarak yang selamat dengan kereta atau pemandu seperti ini.

Pemandu Lalai Atau ‘The Engrossed Driver’

Pemandu lalai ini merupakan salah satu pemandu yang boleh mencetuskan bahaya terbesar di jalan raya. Mereka boleh menyebabkan kemalangan hanya dengan kesilapan mudah mereka mengerling telefon sewaktu memandu.

Sekiranya ingin berbuat sedemikian sama ada membalas mesej atau menjawab panggilan, pastikan anda berhenti di kawasan rehat atau tempat yang selamat dan mula memandu semula selepas selesai.

Pemandu Baran Atau ‘The Road Rager’

Jenis pemanduan ini tergolong dalam kelas tingkah laku pemanduan yang popular yang boleh digambarkan sebagai “memandu dalam keadaan marah”, yang mana pemandu berkemungkinan hilang kawalan ke atas kereta mereka dan berisiko mengalami kecederaan atau lebih teruk, jika pemandu brek mengejut atau berpusing ke arah yang salah jalan raya.

Dengan ini, anda dinasihatkan supaya sentiasa memandu dalam keadaan yang tenang supaya kawalan kenderaan dapat dilakukan dengan lebih baik sekaligus tidak membahayakan keselamatan orang lain.

Pemandu Berhemah Atau The Obediently Kind Driver

Walaupun jarang, mereka wujud. Pemandu berhemah ini sering diklasifikasikan sebagai pemandu santai, mereka tidak pernah membunyikan hon kepada sesiapa dan adalah pemandu yang mematuhi undang-undang.

Mereka sangat menghormati semua peraturan lalu lintas dan juga sangat bertolak ansur dengan pemandu lain yang melulu di jalan raya. Mereka sangat sabar dan akan sentiasa memberi laluan di persimpangan, walaupun itu hak laluan mereka.

Pemandu Cekap Atau ‘The Makeup Artist Drive’

Kekal di belakang mereka. Jika anda berada di belakang orang yang cekap ini, ia mungkin menjadi tempat paling selamat kerana anda boleh bertindak balas dengan mudah terhadap pergerakan tiba-tiba di hadapan anda.

Dengan ini, anda sudah mengetahui 7 jenis pemandu yang sering terdapat di jalan raya. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa tidak kira betapa berhati-hatinya anda di jalan raya, anda masih tidak akan dapat meramalkan keadaan yang tidak dijangka.

Oleh itu, mempunyai insurans kenderaan bermotor adalah cara terbaik untuk melindungi diri anda dan mereka yang bergantung kepada anda. Terdapat beberapa syarikat perlindungan diri di Malaysia dan salah satunya adalah Liberty Insurance.

Menerusinya, pelbagai pilihan insurans disediakan seperti Insurans Komprehensif iaitu pelan perlindungan holistik yang merangkumi kemalangan diri, perbelanjaan perubatan, penggantian kunci dan penggantian tempat duduk kanak-kanak.

Selain itu, pelan itu juga mempunyai alat tambah yang merangkumi perlindungan untuk Elaun Banjir, penundaan perbatuan 24 jam tanpa had, kerosakan cermin sisi dan lain-lain. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Insurans Motor Liberty, layari www.libertyinsurance.com.my.

Komen