Mengapa Muncul Tompok Putih Pada Pakaian Selepas Dicuci?

November 22, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Sisa putih atau tompok seakan habuk yang tertinggal pada pakaian yang baru dibasuh merupakan masalah biasa yang dialami sewaktu melakukan cucian.

Hal ini kerana, jika berlaku sedemikian, ini semestinya akan memakan masa, terutamanya jika mesin basuh anda meninggalkan sisa putih pada pakaian hitam, kerana anda perlu mengalirkan pakaian melalui mesin basuh berulang kali untuk membersihkannya.

Jadi apa yang menyebabkan masalah ini, dan bagaimana anda boleh mencegahnya?

Faktor Yang Mencetuskan Tompok Putih Pada Pakaian

Terdapat lima punca yang menyumbang kepada masalah tompok putih ini. Ini termasuk:

Sabun Pencuci Tidak Larut

Jika anda menggunakan serbuk pencuci pakaian, ia mungkin tidak larut sepenuhnya. Oleh itu, sentiasa tuangkan sabun pencuci serbuk ke dalam mesin basuh kosong terlebih dahulu sebelum memuatkan pakaian. Aliran air yang banyak pada bahagian bawah akan membantu mesin melarutkan serbuk ke dalam cucian.

Dan sekiranya anda melakukan cucian menggunakan air sejuk, berkemungkinan besar sabun pencuci serbuk tidak larut sepenuhnya. Untuk hasil terbaik, larutkan serbuk terlebih dahulu dalam secawan air panas sebelum menambahkannya ke mesin basuh atau bertukar kepada formula cecair.

Langkah yang sama harus digunakan dengan pod atau paket satu dos dan beberapa sabun pencuci cecair. Elakkan dari menuang sabun pencuci terus ke atas pakaian kering. Masukkan sabun dan pelembut fabrik ke dalam dram mesin basuh yang kosong terlebih dahulu sebelum menambah pakaian supaya produk diagihkan sama rata di dalam air.

Jika anda mempunyai mesin basuh dengan dispenser automatik, ia cenderung untuk tersumbat dengan sabun pencuci atau pelembut fabrik yang tidak akan larut. Keluarkan dispenser dan bersihkan dengan larutan dua cawan air panas yang dicampur dengan 1/2 cawan cuka putih suling.

Jika dispenser tidak boleh ditanggalkan, isi setiap dispenser dengan cuka putih suling yang dipanaskan dan biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit. Akhir sekali, tetapkan kitaran basuh yang singkat tanpa pakaian di dalam dram untuk membersihkan dispenser.

Kuantiti Sabun Pencuci Digunakan Terlalu Banyak

Menggunakan terlalu banyak sabun pencuci boleh meninggalkan sisa pada pakaian. Ini benar terutamanya dalam mesin basuh berkecekapan tinggi. Ini kerana mesin dengan teknologi baharu biasanya menggunakan lebih sedikit air daripada mesin basuh standard semasa kitaran basuh dan bilas.

Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan kurang daripada dua sudu sabun pencuci supaya ia tidak meninggalkan sisa pada pakaian anda.

Pelembut Fabrik Terlalu Banyak

Untuk makluman anda juga, anda tidak disyorkan untuk terus menuangkan pelembut kain pada pakaian basah. Ini bagi mengelakkan ia diserap sepenuhnya oleh satu-satu bahagian pakaian sahaja.

Selain itu, gunakan jumlah minima yang disyorkan. Jika anda mempunyai dispenser automatik, bersihkannya dengan kerap.

Pam Air Tersumbat Dan Tidak Boleh Digunakan

Kerap lakukan pembersihan pada bahagian pam air yang bersambung dengan penapis. Ini kerana jika akses ke penapis saluran longkang tersumbat dengan rambut atau barang kecil, ia boleh menghalang aliran air bilas. Untuk kes lain, ia turut akan memperlahankan tindakan mengeringkan mesin basuh.

Jika anda telah membersihkan penapis dan mesin basuh dan ianya masih lambat mengalir, tukar kepada pam air baharu atau anda boleh meminta bantuan juruteknik untuk melakukan penyelenggaraan mesin.

Memasukan Kuantiti Pakaian Berlebihan

Ramai dalam kalangan individu yang sering mencuci pakaian yang banyak dalam satu-satu kitaran cucian untuk menjimatkan masa dan wang. Walau bagaimanapun, memasukkan terlalu banyak barang ke dalam mesin basuh tidak memberi ruang untuk tanah dan sisa dibuang. Oleh itu, pastikan anda mengasingkan jenis pakaian dan selidiki cara yang betul untuk memuatkan mesin basuh.

Bagaimana Cara Meminimumkan Dan Menghilangkan Tompok Putih?

Sebaik sahaja anda telah menghapuskan semua punca masalah, satu-satunya cara untuk menghilangkan sisa adalah dengan mencuci pakaian.

Basuh item yang bernoda sekali lagi dalam air paling panas yang sesuai untuk fabrik. Namun, elak dari menambaj sebarang sabun pencuci atau pelembut fabrik. Sebaliknya, tambahkan satu cawan cuka putih suling ke dalam kitaran pencucian untuk membantu gentian mengendur dan melepaskan sisa.

Jika anda sudah mengeringkan pakaian yang mempunyai kesan tompok, kaedah untuk menghilangkannya akan menjadi lebih sukar. Caranya, anda boleh isi sinki atau baldi dengan air suam dan tambahkan peluntur berasaskan oksigen ke dalamnya.

Kemudian tenggelamkan sepenuhnya pakaian yang bernoda dan biarkan ia rendam semalaman dan kemudian basuh seperti yang disyorkan tanpa menambah sabun pencuci tambahan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd