Carian
Lay’s Memperkenalkan Perisa Edisi Terhad Sempena Acara Piala Dunia FIFA Qatar 2022
October 21, 2022 Lina Rosli

Pada 20 November hingga 18 Disember 2022 ini, acara sukan bola sepak antarabangsa iaitu Piala Dunia FIFA 2022 akan berlangsung di Qatar.

Selari dengan acara ini, syarikat induk Lay’s, Frito-Lay tidak ketinggalan dalam bersama-sama meraikannya melalui pengenalan 3 perisa edisi terhad baharu iaitu Lay’s Abobadas, Lay’s Bacon Wrapped Jalapeño Popper dan Lay’s Wavy Carnitas Street Tacos.

Dengan ini, peminat-peminat bola sepak dari seluruh dunia boleh menikmati pengalaman baharu sepanjang berlangsungnya acara selain turut boleh menyertai permainan interaktif khas yang menawarkan barangan dan hadiah berinspirasikan bola sepak – termasuk lawatan ke perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2022.

Menurut Frito-Lay juga, mereka merupakan rakan kerjasama pertama dalam sejarah FIFA dan Piala Dunia FIFA yang menawarkan makanan ringan masin. Jadinya, dengan penawaran tiga perisa baharu ini, ia dilihat memberikan sesuatu yang unik dan istimewa kepada para peminat dan juga pemain yang bakal memeriahkan acara tersebut kelak.

Bagi yang berminat, ketiga-tiga perisa baharu ini akan tiba di pasaran tempatan sekitar bulan ini dalam dua plihan saiz hidangan.

Komen