Pizza Hut Memperkenalkan Pilihan Kerak Baharu – Crackin Thin Crust Piza Senipis 0.5cm
Lina Rosli
Baru-baru ini, Pizza Hut telahpun hadir dengan pilihan kerak roti terbaru untuk piza mereka yang dikenali sebagai Crackin Thin Crust.
Kerak roti baharu ini merupakan kerak jenis nipis dan rangup. Berbeza dengan penawaran mereka yang lain, Crackin Thin Crust tampil dengan ketinggian roti senipis 0.5cm bagi setiap hidangan.


Sebelum ini, Pizza Hut telah hadir dengan pilihan kerak roti yang lebih tebal dan lembut, seperti hand-crafted San Francisco, pan pizza, hand-stretched dan stuffed crust. Namun untuk kerak kali ini, ia membawakan versi nipis yang mempunyai rasa dan tekstur yang lebih sesuai dinikmati pada bila-bila waktu kerana ia akan kekal garing di luar, tetapi masih lagi memberikan gigitan yang lembut dan ringan ketika makan.
Menarik bukan? Untuk mula memesan kerak Crackin Thin Crust, jangan lupa untuk pesan piza kegemaran anda hari ini melalui aplikasi Pizza Hut, GrabFood atau anda kunjungi rangkaian Pizza Hut berdekatan untuk belian bawa pulang. Nikmati juga promosi istimewa yang ditawarkan Pizza Hut di www.pizzahut.com.my/order/promos.