Buat penggemar burger di KFC, kini jenama rangkaian makanan segera ini telahpun hadir dengan pengenalan dua menu tetap baharu iaitu Cheezy O.R. dan Cheezy O.R. Deluxe di dalam siri Cheezy O.R. Duo.

Untuk kedua-dua burger baharu ini, KFC dilihat menggunakan patti yang diperbuat daripada 100% filet ayam asli yang telah diperap bersama 11 herba dan rempah ratus istimewa Original Recipe.

Melengkapkannya adalah kepingan ban dengan bijan bersama-sama dengan sos baharu yang unik tetapi lazat iaitu sos jalapeno cheese mayo. Burger ini turut dilengkapi dengan salad segar dan juga kepingan keju.

Menerut KFC, pengenalan variasi ‘deluxe’ dalam siri ini adalah untuk membawakan kepada pelanggan akan pengalaman ekstra dan tambahan sewaktu menikmati hidangan burger kerana untuk variasi ini, ia menampikan dua kepingan ayam rangup bersama tomato segar.

Bagi yang berminat, harga jualan yang ditawarkan untuk Burger KFC Cheezy O.R Duo adalah bermula RM12.49 yang mana ia boleh didapati secara A la Carte, Kombo, dan Box Meal di restoran KFC seluruh negara. Pesan juga hidangan kegemaran anda bermula hari ini melalui aplikasi KFC serba baharu atau layari www.KFC.com.my.