Carian
Ini 6 Tempat Penjagaan Diri Dan Pusat Kecantikan Yang Boleh Dikunjungi Di Pavilion KL
October 27, 2022 Lina Rosli

Usah biarkan tekanan dan kesibukan harian anda menghalang sesi memanjakan diri yang anda perlukan untuk tambah-baik keadaan emosi dan fizikal. Hal ini kerana, setiap individu berhak mendapatkan waktu untuk berehat dan bertenang selepas hari yang panjang dan membosankan.

Sama ada anda ingin menikmati rawatan kecantikan yang mewah, sesi penjagaan kuku yang sempurna, urutan yang menenangkan atau rawatan detoksifikasi, anda boleh mendapatkannya atau waktu “me time” terbaik anda di presint beberapa Pusat Kecantikan yang tersedia di Pavilion KL. 

Alami Rawatan Akupunktur Dalam Rutin Penjagaan Diri

Rawatan akupunktur merupakan rawatan yang menggunakan ubat tradisional Cina untuk mengimbangi aliran tenaga tubuh yang mana ia dikenali sebagai chi. Proses rawatan ini menampilkan perletakkan jarum kecil ke dalam kulit pada titik tertentu.

Dengan ini, ia akan merangsang tubuh seperti mata dengan cara mengaktifkan tindak balas penyembuhan semula jadi anda sekaligus menghasilkan pelbagai manfaat kesihatan yang positif. 

Bagi yang berminat untuk melakukan rawatan ini, anda boleh berkunjung ke pusat penjagaan diri 1TCM yang terletak di tingkat 7 di Pavilion KL.

Di sana, anda boleh menyertai rawatan akupunktur untuk melegakan selepas hari yang penuh tekanan, keletihan, sakit kepala atau migrain, sakit akut dan banyak lagi.

Serlahkan Kecantikan Kulit Menerusi Rawatan Yang Sesuai

Sekiranya anda risau akan risiko penuaan, maka sesi yang perlu anda dapatkan adalah rawatan penjagaan kulit yang sesuai untuk kesegaran dan keanjalan kulit agar kekal awet muda.

Untuk menikmatinya, anda boleh berkunjung ke Aster Spring yang menawarkan pelbagai pilihan sesi yang bersesuaian dengan keperluan anda. Ia sama ada rawatan anti-penuaan seperti memadamkan garis-garis halus dan kedutan yang kelihatan jelas menggunakan kepingan kolagen marin kering beku yang kuat.

Anda juga akan menerima konsultansi daripada pakar kecantikan mereka bagi memastikan rutin yang dilakukan setiap hari bertepatan dengan diri sekaligus memberikan kulit yang kelihatan bertenaga, segar, gebu dan terhidrat dengan kantung mata yang kurang kelihatan.

Kulit Kepala Berminyak? Masa Untuk Menyahtoksin

Jika kulit kepala anda terasa kering dan gatal atau rambut, manakala keadaan rambut juga tidak kelihatan baik sejak kebelakangan ini, mungkin sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan detoks kulit kepala.

Tuesde‘s Signature ialah detoks yang membersihkan kulit kepala anda secara mendalam untuk membebaskan folikel daripada serpihan dan mengimbangi semula pH kulit untuk mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk rambut yang sihat.

Sama seperti exfoliate kulit muka anda sekali-sekala, anda juga harus melakukan perkara yang sama untuk kulit di kepala anda untuk memastikan ia mengunci nutrien dalam rambut untuk kekal sihat.

Kecantikan Generasi Akan Datang

Trend kecantikan baharu semakin meningkat yang memanfaatkan kuasa sains ataupun kecantikan selular. Idea di sebalik kecantikan selular adalah untuk menyokong proses selular yang berlaku dalam sel kulit supaya kulit dapat berfungsi secara optimum.

Ia mengambil masa kira-kira 28 hari untuk kulit anda diperbaharui atau dijana semula, walau bagaimanapun, proses ini semakin perlahan apabila usia anda meningkat, yang boleh menyebabkan kedutan dan hiperpigmentasi. 

Oleh itu, anda boleh berkunjung ke Swiss Perfection Boutique Spa dan mencuba Swiss Perfection RS-28 Cellular yang direka untuk menyediakan pembaikan intensif kerosakan kulit dalam dan menawarkan penyelesaian kulit yang optimum untuk membantu menentang penuaan.

Jika anda sedang mencari rutin penjagaan kulit yang membantu mencegah kemunculan garis-garis halus dan kedutan, maka rawatan ini adalah satu untuk anda.

Manjakan Diri Dengan Sesi Urutan Buang Toksik

Mayfair mungkin akan membantu anda melegakan kesakitan dan ketegangan pada badan anda sewaktu diri berasa letih.

Perkara yang anda alami ini berkemungkinan besar disebabkan ketidaklancaran darah di dalam sistem tubuh sehingga boleh mencetuskan ketidakselesaan. Untuk pengetahuan anda, sistem limfa bertindak sebagai stesen kitar semula toksin di mana toksin ditapis dari nodus limfa ke darah.

Apabila sistem limfa berfungsi dengan baik, kita akan berasa sihat dan mempunyai pertahanan yang kuat terhadap penyakit. Jadi ini mungkin sesi dan rawatan yang anda perlukan untuk tambah-baik kembali tenaga anda.

Tingkatkan Kesihatan Kuku Anda

Tidak ketinggalan, penjagaan kuku juga tidak kurang pentingnya. Ramai di luar sana menganggap penjagaan kuku tidak sepenting penjagaan muka. Namun, tahukah anda sebenar sebenarnya kuku juga boleh mengalami masalah seperti kuku kusam, berwarna kuning dan rapuh jika tidak mendapat penjagaan yang betul.

Sebenarnya terdapat banyak cara serta tips kuku menarik yang boleh diguna pakai bagi mendapatkan kuku sihat dan berseri. Dan untuk mendapatkannya, anda boleh berkunjung ke BMIC yang menyediakan perkhidmatan manicure dan pedicure untuk kanak-kanak – sesuai untuk hari ibu-anak perempuan.

Menarik bukan? Pilih rawatan yang inginkan hari ini dan nikmati pengalaman memanjakan diri yang selesa untuk merehatkan tubuh dan minda anda.

Komen