Carian
Aplikasi Starbucks Dikemaskini – Kini Boleh Gunakan Face ID & Cap Jari Untuk Log Masuk
October 27, 2022 Lina Rosli

Selain melakukan pesanan melalui aplikasi GrabFood, FoodPanda dan juga ShopeeFood, tahukah anda bahawa aplikasi Starbucks kini turut membenarkan anda melakukan pesanan minuman dan makanan kegemaran anda di Starbucks?

Apa yang menariknya, ia berfungsi sama seperti kad fizikal yang anda gunakan di kedai tetapi kini ia turut boleh digunakan sewaktu melakukan pesanan di aplikasi. Malah, anda juga tak perlu beratur panjang di kaunter kerana pesanan dan pembayaran boleh dilakukan di hujung jari sahaja.

Namun, apa yang penting adalah anda harus membuka akaun ahli Starbucks di aplikasi dan seterusnya anda boleh memesan minuman seperti biasa.

Dan kini, Starbucks dilihat telah hadir dengan beberapa kemaskini baharu pada aplikasi termasuk:

  • Log masuk ke akaun menggunakan pengesahan biometrik seperti Face ID dan cap jari
  • Pemindahan baki ke dalam akaun yang sama
  • Ketahui sejarah dan butiran pembelian terdahulu
  • Penambahan menu ‘Food’ untuk pesanan atas-talian
  • Daftar, tambah dan buang akaun

5 Langkah Mudah Melakukan Pesanan Melalui Ciri Pesanan Mudah Alih dan Bayar

Sebelum anda melakukan pesanan, pastikan anda telah mengaktifkan lokasi pada peranti mudah-alih untuk memudahkan carian kedai yang berdekatan.

  1. Mula pilih jenis minuman dan makananyang anda ingin cuba
  2. Untuk minuman, tetapkan saiz pesanan, pilihan susu, tambahan espresso, drizzle dan sebagainya.
  3. Apabila telah menambah minuman anda ke dalam bakul, anda boleh terus melakukan pembayaran. Sahkah setiap pesanan anda dan lokasi yang tepat untuk anda ambil.
  4. Jika baki anda tidak mencukupi, anda boleh menambah nilai terus pada aplikasi menggunakan ciri perbankan atas-talian. Had amaun maksima untuk tambah nilai adalah RM500.
  5. Seterusnya, hantar pesanan anda dan tunggu sehingga minuman anda tersedia untuk diambil (pick-up).
Komen