Isu mengenai sijil Halal ini bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Ini kerana dengan adanya pengiktirafan halal dari JAKIM, ia bukan sahaja menghilangkan kerungsingan dan was-was tentang sesuatu produk, tetapi juga turut menjamin kualiti mereka di tahap yang tertinggi.

Oleh sebab itu, llaollao baru-baru ini telah mengumumkan yang mana jenama froyo kegemaran ramai ini sudahpun mempunyai pengiktirafan sijil halal dari JAKIM.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook rasmi llaollao, setakat ini sebanyak 9 cawangan telahpun mendapat pengesahan halal dan jenama ini menjangkakan akan mengembangkannya ke seluruh cawangan dalam masa terdekat kerana proses pensijilan Halal dilakukan secara berperingkat.

Dengan pengumuman ini, para pelanggan tidak perlu khuatir akan senarai bahan yang digunakan oleh llaollao Malaysia kerana ia dijamin telah diperoleh daripada senarai pembekal sah Halal yang diluluskan.