Tahukah Anda 4 Struktur Tertinggi Di Dunia Yang Lain Selain Burj Khalifa?
Lina Rosli
Sebut sahaja tentang menara tertinggi di dunia, jawapannya pasti adalah Burj Khalifa. Ia merupakan bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian mencecah 829.8 m (dari hujung ke hujung) yang mempunyai sebanyak 163 tingkat padanya.
Namun, tahukah anda selain daripada Burj Khalifa, sebenarnya terdapat beberapa lagi struktur lain yang turut memegang gelaran ‘tertinggi di dunia’ namun dalam kategori seni bina berbeza.

Untuk mengetahui lanjut, berikut adalah 5 struktur tertinggi di dunia yang perlu anda ketahui bersama-sama dengan fakta menarik mengenainya:
Menara Jam Makah – Jam Tertinggi Di Dunia (601 Meter)
Menara jam gergasi ini mencapai ketinggian 601 meter yang bersamaan dengan 1,972 kaki selain turut mempunyai muka jam terbesar dengan diameter 43 meter (41 kaki).
Untuk pengetahuan anda, menara ini hadir dengan saiz bangunan yang enam kali lebih besar daripada Big Ben di London.

Tokyo Skytree – Menara Tertinggi Di Dunia (634 Meter)
Bagi yang tidak mengetahui, daerah Sumida di Tokyo menampilkan menara futuristik tertinggi di dunia iaitu Tokyo Skytree. Ia merupakan menara pemerhatian ikonik yang menyiarkan isyarat TV dan radio dengan berketinggian 634 m bersamaan dengan 2,080 kaki.
Menara ini telah siap pada Februari 2012, dan menggantikan Menara Tokyo merah-putih yang terkenal sebagai tapak penyiaran televisyen dan radio utama di rantau Kantō.

Selain daripada Tokyo Skytree, sebelum ini terdapat beberapa menara tinggi lain yang tidak berpenghuni pernah wujud iaitu Goldin Finance 117, atau Menara China 117 di Daerah Xiqing di Tianjin, China.
Ain Dubai – Roda Ferris Tertinggi Di Dunia (250 Meter)
Dubai bukan sahaja hadir dengan bangunan tertinggi di dunia, tetapi juga menampilkan roda Ferris terbesar di dunia yang dikenali sebagai Ain Dubai. Tetapi malangnya tidak dibuka kepada orang ramai pada masa ini.
Pembinaan gergasi itu dibuka di Pulau Bluewaters di UAE yang berdiri pada ketinggian 250 m (820 kaki). Saiz ini dikatakan hampir dua kali ganda ketinggian London Eye, dan mempunyai 48 kabin berpendingin hawa selain menawarkan pemandangan 360 darjah latar langit Dubai.

Piramid Khufu Mesir – Piramid Tertinggi Di Dunia (146.7 Meter)
Piramid tertinggi pernah dibina ialah Piramid Khufu, terletak di Giza, Mesir. Ia adalah sebahagian daripada tapak Warisan Dunia UNESCO di kawasan Memphis. Selain daripada piramid ini, terdapat juga 2 piramid lain yang terletak di tapak nekropolis purba seperti Piramid Giza dan Saqqarah.
Walaupun pada asalnya piramid itu mendahului pada ketinggian 146.7 m (481 kaki), hakisan dan vandalisme telah mengurangkan hujung pembinaan gergasi dan mengurangkan ketinggiannya kepada 137.5 m (451 kaki).

Fakta Menarik Mengenai Burj Khalifa
Selain dilabel sebagai bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa sebenarnya turut merekodkan beberapa binaan tertinggi di dalamnya, iaitu:
- Lif tertinggi dalam bangunan dengan ketinggian 504 meter bersamaan 1,654 kaki.
- Bangunan dengan tingkat terbanyak iaitu membawakan 163 tingkat.
- Restoran tertinggi dari aras laut yang berketinggian 441.3 meter bersamaan 1,447 kaki.