Telah diperkenalkan pada tahun November 2020, jenama Kopi Dua Darjat kini telah menjadi salah satu jenama kopi yang berkembang dengan pesat dan mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi dalam kalangan penggemar minuman di sekitar Lembah Klang.

Bermula dengan pembukaan gerai minuman pertama mereka di bawah pokok di Lakefield, Sungai Besi, jenama kopi ini telah berjaya membuka lebih daripada 53 cawangan yang boleh diakses di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Dan kini, Kopi Dua Darjat telah bertapak selangkah lagi ke hadapan yang mana mereka kini mula membawakan kedai pertama mereka di dalam pusat beli-belah. Memilih Metro Point Complex Kajang, Kopi Dua Darjat dilihat menawarkan variasi yang lebih pelbagai dan tidak hanya tertumpu kepada menu berasaskan kopi kampung dan matcha sahaja.

Berdasarkan perkongsian, Kopi Dua Darjat kini hadir dengan sekitar 40 pilihan minuman yang merangkumi jenis ais, ais kisar dan juga minuman di dalam botol. Bagi anda yang belum pernah mencuba kopi dan minuman lain dari Kopi Dua Darjat lagi, mula kunjungi ke cawangan mereka berdekatan anda bermula hari ini.