Kedai minuman kopi yang berdiri di bawah payung Tealive iaitu Bask Bear Coffee kini memperkenalkan cawangan pandu-lal pertama mereka di Shell Taman Austin, Johor Bahru.

Menerusi pengenalan ini, pengguna kini boleh pesanan terus daripada kereta untuk mendapatkan hidangan makanan dan minuman yang digemari seperti set toasties, rangkaian kopi sejuk dan banyak lagi.

Sekiranya anda ingin berkunjung dan melakukan pesanan pandu-lalu ini, waktu operasi cawangan Shell Taman Austin ini dibuka bermula jam 7.30 pagi sehingga 11.00 malam setiap hari.

Selain daripada menggunakan servis pandu lalu, cawangan ini turut menawarkan pengalaman pembelian dari kaunter. Menerusinya, anda boleh melakukan tambahan toppings atau membuat customization untuk minuman dengan lebih mudah mengikut kriteria anda.