Menurut laporan OXFAM International, dalam setiap 4 hingga 12 saat, seorang dianggarkan mati akibat kebuluran.
Data ini dikira menggunakan jumlah kadar kematian mentah IPC untuk IPC Fasa 3, tolak kadar kematian harian biasa sebanyak 0.22 bagi setiap 10,000 orang sehari.
Mengambil dari angka yang dikeluarkan pada September 2022 iaitu 205.1 juta orang dalam IPC Fasa 3 Acute Food Insecurity, ia menghasilkan pengiraan yang bersamaan antara 7,745.7 dan 19,701.7 orang mati setiap hari akibat kebuluran atau kelaparan kronik, dan antara 5.39 dan 13.69 orang mati dalam masa seminit. Itu bermakna satu orang dianggarkan mati setiap 4.25 hingga 12 saat.

Untuk pengetahuan anda, selepas kadar kebuluran individu mengalami penurunan secara berterusan sehingga tahun 2018, jumlah ini dilihat mula meningkat secara konsisten pada tahun 2019 dan 2020 yang mana bilangan individu yang dikategorikan dalam kumpulan kurang zat makanan telah meningkat sebanyak 150 juta orang.
Secara umumnya, faktor yang mendorong peningkatan jumlan individu yang kelaparan ini adalah berpunca daripada krisis yang sebahagian besarnya didorong oleh konflik, perubahan iklim dan pandemik COVID-19.
Pada September 2022, menerusi Program Makanan Sedunia (WFP), seramai 828 juta individu tidur dalam keadaan lapar setiap malam dan sekitar 450 juta individu di 45 negara berada di ambang kebuluran. Manakala, seramai 14 juta individu direkodkan mengalami masalah kekurangan nutrisi (malnutrisi) yang kronik.

Berdasarkan data yang dikongsikan ini, isu kebuluran masih merupakan masalah terbesar oleh kebanyakan negara. Ia bukan sekadar melibatkan kelangsungan bekalan makanan, tetapi juga merangkumi aspek emosi yang dialami berjuta-juta individu akibat daripada kebuluran.
Terdapat 3 kumpulan individu yang paling terjejas disebabkan oleh kebuluran. Pertamanya, orang yang tinggal dalam komuniti miskin yang mana mereka mempunyai akses yang terhad kepada makanan berkhasiat selain hidup dalam persekitaran yang tidak selamat dan juga air yang tercemar. Masalah ini secara langsung menyumbang kepada kelaparan dan kekurangan zat makanan.

Selain itu, anak-anak kecil dan juga golongan wanita juga merupakan antara individu yang turut menerima kesan yang sama akibat kebuluran. Di dalam data yang dikeluarkan oleh, ia mendedahkan bahawa lebih 150 juta wanita mengalami isu kebuluran berbanding lelaki pada tahun 2021.
Populasi terbesar yang mengalami masalah kekurangan zat makanan yang teruk adalah di Asia Selatan dan Afrika Sub-Sahara. Ia berikutan kesan daripada kadar kemiskinan tegar dan kejutan iklim yang tinggi.
Sumber: Action Against Hunger , Relief Int