Hujan adalah masa yang amat baik untuk menghirup minuman panas bagi mengembalikan kehangatan badan ketika suhu rendah. Di tambah lagi dengan sajian kopi pula, pastinya ia adalah pilihan yang paling sesuai untuk dinikmati sewaktu hari hujan.

Oleh itu, Tealive nampaknya ingin menjadikan hari hujan anda lebih bermakna menerusi penawaran harga yang lebih rendah untuk kesemua sajian minuman panas yang disediakan di dalam menu.

Mulai hari ini pada setiap Isnin hingga Jumaat seawal kedai Tealive buka hingga 12 malam, anda boleh mendapatkan minuman panas terpilih pada harga hanya RM5 setiap kali hujan turun. Promosi ini tersedia di rangkaian fizikal Tealive berdekatan anda dan ianya sah untuk pembelian terus di kedai sahaja.