Coway, the Best Life Solution company, akan menganjurkan Coway Run tahunan menggunakan konsep hibrid yang melibatkan larian maya, yang kini sedang dilangsungkan sehingga 6 November.
Dengan tema Unite to Create (Bersatu Untuk Mencipta), Coway Malaysia akan menghasilkan karya seni NFT pertama tahun ini di acara Coway Run 2022 secara fizikal yang akan diadakan di Dataran Putrajaya pada 6 November 2022.
Satu kanvas besar akan dipamerkan untuk membolehkan semua pelari bersama-sama melakar sebuah lukisan langit Malaysia yang berwarna-warni. Lukisan ini merupakan seni kanvas gaya stensil yang membolehkan peserta menyerlahkan kreativiti dan idea mereka di ruang tersedia.
Dalam acara Coway Run 2022 ini juga, selain perlaksanaan dan penghasilan karya NFT secara fizikal, Coway turut menyediakan platform untuk pelari yang mendaftar secara maya untuk mencipta seni jejak larian GPS yang paling kreatif dan unik yang mana ianya akan diterbitkan menjadi karya seni NFT oleh beberapa artis NFT tempatan seperti Alvin Koay, Book Of Lai, Grey Z dan Lakarumbi.
Semua karya seni NFT akan dijual dan hasilnya akan disalurkan kepada beberapa pertubuhan kebajikan yang terpilih bagi membantu pelbagai kumpulan masyarakat yang memerlukan.
Cara-cara untuk pelari maya memuat-naik seni jejak larian GPS mereka adalah:
- Daftar akaun di Strava
- Daftar masuk ke akaun anda di laman web Coway Run (www.cowayrun.com.my/login)
- Pergi ke halaman Coway Run anda dan klik ‘Connect to Strava’
- Setelah selesai, anda boleh mendaftar masuk ke halaman log masuk Strava
- Tekan butang ‘Authorise’ untuk membolehkan Strava berhubung dengan akaun Coway Run anda. Apabila disahkan, akaun akan dihubungkan secara automatik
Untuk maklumat lanjut mengenai Coway Run 2022, layari www.cowayrun.com.my/gps-art-contest/.