Terbaru, Setel telah menambah ciri pembaharuan cukai jalan (roadtax) pada aplikasi mereka. Melaluinya, pengguna Setel hanya perlu memilih nombor pendaftaran kereta dan memasukkan maklumat berkaitan untuk tujuan pesanan dan penghantaran slip cukai.

Kriteria yang perlu dipatuhi bagi anda yang ingin melakukan pembaharuan cukai jalan di aplikasi Setel termasuklah:

  • Insurans kenderaan harus masih lagi aktif dan tidak tamat tempoh untuk lebih dari 30 hari.
  • Kenderaan tidak mempunyai saman yang tertunggak dan tidak disenarai-hitam
  • Kenderaan berusia tidak lebih dari 20 tahun
  • Kenderaan merupakan kenderaan persendirian dan bukan digunakan untuk seru-pandu
  • Individu yang ingin memperbaharui cukai jalan perlu berumur sekitar 18-75 tahun
  • Pembaharuan cukai jalan yang baharu perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tamat tempoh

Bagi anda yang ingin memperbaharui cukai jalan untuk kenderaan, muat-turun aplikasi Setel hari ini di Play Store dan juga App Store.