Bertemakan Harry Potter Wizarding World, Fossil menampilkan koleksi jam tangan baharu yang menggunakan pergerakan kuarza. Bagi yang tidak mengetahui, jenis pergerakan kuarza merupakan gerakan yang paling mudah berbanding mekanikal dan automatik. Hal ini kerana, pergerakan kuarza akan menggunakan bateri dan kristal kuarza untuk terus berdetak.

Bateri di dalam jam berfungsi untuk menghidupkan enjin, sementara kristal di dalamnya pula akan memastikan detik jam bergerak pada kadar yang sepatutnya. Untuk pengetahuan anda, selepas enjin dihidupkan, kadar getaran sesaat yang dirasai selepas isyarat elektrik bergerak ke kristal kuarza adalah sekitar 32.768 kali sesaat

Bercakap mengenai koleksi Harry Potter X Fossil, ia menggunakan jam tangan model Heritage oleh Fossil yang dilengkapi dengan saiz muka jam 40 mm serta diperbuat daripada kerangka dan binaan tahan calar. Ia kemudiannya direka mengikut ciri empat kumpulan utama di Hogwarts yang dibezakan mengikut tali nilon berwarna-warni untuk jam tangan mereka.

  • warna merah hati dan kuning untuk Gryffindor
  • warna hijau dan hitam untuk Slytherin
  • warna biru dan putih untuk Ravenclaw
  • warna kuning dan hitam untuk Hufflepuff

Bagi setiap jap yang dibeli, ia akan disertakan sekali di dalam kotak jam khas yang direka bersesuaian dengan tema Harry Potter Wizarding World. Untuk mendapatkannya, anda boleh kunjungi ke laman Fossil Malaysia bermula hari ini. Setiap jam ditawarkan pada harga RM969 seutas.