Pengasas Mamee, Pang Chin Hin Meninggal Dunia

November 7, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Bagi yang tidak begitu mengenali Pang Chin Hin, beliau merupakan pengasas untuk jenama snek dan makanan kegemaran ramai iaitu Mamee.

Telah memulakan dan memperkenalkan jenama Mamee seawal tahun 1971 di sebuah kilang kecil di Melaka, syarikat miliknya kini merupakan mi segera yang terlaris di Malaysia. Dan sepanjang 50 tahun beroperasi, jenama Mamee telah berjaya menghasilkan variasi pilihan iaitu sekitar 50 jenama makanan ringan yang terdiri daripada pelbagai mi segera, mi snek Monster, Mister Potato dan Double Decker.

Menurut laporan Mothership, Pang Chin Hin telah disahkan meninggal dunia pada awal pagi, 5 November yang lepas pada usia 96 tahun. Susulan daripada itu, Pang Tee Chew yang merupakan anak lelaki beliau telah dilaporkan akan menggantikannya menjadi ketua pegawai eksekutif dan pengarah Syarikat Mamee-Double Decker. Sementara cucunya, Pierre Pang pula ialah Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd