Balenciaga X Adidas, Kerjasama Ketiga Adidas Bersama Jenama Mewah Untuk Tahun 2022
Lina Rosli
Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, adidas dilihat aktif dalam menampilkan pelbagai variasi dalam fesyen selain turut berusaha keras untuk menembusi dunia fesyen mewah.
Sebelum ini, jenama fesyen sukan kegemaran ramai ini telahpun bekerjasama dengan dua label besar dalam industri fesyen iaitu Prada dan juga Gucci. Dan kini, adidas memilih Balenciaga sebagai rakan kerjasama terbaru dalam menampilkan koleksi Three Stripes yang terdiri daripada kedua-dua pakaian serta kasut.

Menerusi kerjasama ini, mereka menggabungkan dan merapatkan bahasa reka bentuk yang berbeza bagi kedua-dua jenama itu. Jika dilihat secara sepintas lalu, koleksi ini seakan mengembalikan memori dan ciri ikonik serta klasik adidas pada pakaian sukan, tshirt, hoodie dan seumpamanya tetapi diperhalusi dengan teknik potongan yang sama dengan barisan utama keluaran Balenciaga.



Bagi kasut pula, mereka menggunakan gaya klasik Balenciaga untuk kasut sukan. Sementara kasut wanita, mereka menggabungkan ciri pada Triple S dan Sock Runner dalam menghasilkan stiletto dan kacukan trackpant-heel.
Untuk melihat beberapa yang item yang menarik daripada koleksi, anda boleh berkunjung ke laman rasmi Balenciaga.com atau muat-turun aplikasi adidas bermula hari ini.