Carian
UNIQLO Tawarkan Bantuan Untuk Pesanan Ketika Di Butik – Dikenali Sebagai Servis ‘Order To Me’
November 10, 2022 Lina Rosli

Sudah menjadi satu keperluan untuk kebanyakan jenama menawarkan akses pembelian barangan yang mudah kepada pelanggan. Kemudahan ini merangkumi servis Click & Collect yang mana anda boleh melakukan pesanan terus pada aplikasi dan memilih untuk mengambil barang di rangkaian UNIQLO berdekatan anda.

Namun, untuk sesetengah item, ia mungkin sukar untuk pengguna mencari dan memilih. Oleh itu, dengan adanya servis ‘Order to Me‘, ia merupakan perkhidmatan dalam butik yang membolehkan pengunjung untuk membeli-belah semua item yang tersedia di aplikasi atas-talian UNIQLO dan meminta bantuan daripada jurujual yang bertugas untuk memesan produk bagi pihak pengunjung walaupun ia tidak tersedia di kedai.

Berikut adalah contoh situasi yang servis Order to Me mungkin dapat membantu anda:

  • Apabila anda tidak dapat mencari produk yang diinginkan di butik
  • Apabila produk yang anda inginkan tidak tersedia dalam saiz anda
  • Apabila anda mahukan produk dalam saiz yang hanya tersedia dalam aplikasi
  • Apabila anda mahukan produk eksklusif atas-talian
  • Apabila anda inginkan produk daripada salah satu koleksi istimewa UNIQLO
  • Apabila anda mahukan produk yang hanya tersedia di kedai terpilih

Selepas anda mendapat item yang diinginkan melalui servis Order to Me, anda juga boleh terus melakukan pesanan item tersebut melalui servis Click and Collect. Namun, pastikan anda memilih rangkaian yang tepat dan seterusnya mula lakukan pembayaran sama ada menerusi aplikasi atau pilih mod pembayaran di kaunter.

Komen