Lina Rosli Diterbitkan 10 November 2022

McD Memperkenalkan Menu GCB Baharu – Lebih Pedas Dari Biasa

McDonald’s menawarkan kembali pilihan burger yang digemari ramai iaitu GCB atau Grill Chicken Burger. Namun kali ini, mereka membawakan juga pilihan baharu untuk GCB iaitu Spicy GCB.

Membezakannya dengan pilihan GCB sebelum ini, McD hadir dengan pilihan sos berkrim istimewa yang mana ia lebih pedas daripada yang biasa. Dan dipadankan dengan sos panggang asli yang menyaluti kepingan pati ayam ikonik McD.

Bagi yang berminat, nikmati hidangan penuh selera ini pada harga bermula RM12.22. Anda juga boleh mendapatkan sajian yang lain seperti:

  • GCB (Ala Carte) – RM12.22
  • GCB Set Medium – RM15.05
  • Spicy GCB Set Medium – RM15.05
  • Double GCB Set Medium – RM21.18
  • Double Spicy GCB (Ala Carte) – RM18.35

Selain berkunjung ke rangkaian McDonalds berdekatan, anda juga boleh membuat pesanan melalui McDelivery, Drive Thru atau Takeaway hari ini!