Carian
YSL Beauty Bawakan Pengalaman Kecantikan Era Baharu Di Zon Kecantikan Maya YSL
November 10, 2022 Lina Rosli

Hadir dengan produk seperti minyak wangi, gincu dan pembayang mata, YSL Beauty merupakan antara jenama kecantikan yang sangat digemari ramai yang mana ia juga telah mengambil alih dunia solekan. Dengan kehadiran variasi pilihan produk, YSL telah membuktikan kepelbagaian dan keunikan dalam solekan memberikan imej yang penting kepada individu.

Ditampilkan dalam tempoh masa terhad, iaitu sehingga 13 November 2022, YSL Beauty membawakan pengalaman serba baharu menerusi pengenalan YSL Beauty Zone #PushTheBoundaries.

Khusus buat penggemar produk kecantikan dan penjagaan diri dari YSL, anda boleh menerokai pelbagai pilihan produk eksklusif yang ditawarkan sambil mencuba permainan dan aktiviti menarik yang disediakan di zon kecantikan tersebut.

Di YSL Beauty Zone juga, bagi 50 pelanggan pertama yang berdaftar, anda boleh mendapatkan hadiah misteri yang berupa tawaran ikonik bagi jenama kecantikan ini. Jadi, jangan ketinggalan untuk mendaftar dan memilih slot lawatan yang telah dibuka bermula hari ini di laman rasmi YSL Beauty.

Komen