Pengalaman memasak yang tenang dan lancar sedikit sebanyak sering dipengaruhi oleh kemudahan penggunaan alatan memasak. Hal ini kerana, dengan adanya alatan memasak yang lengkap selain mudah untuk diselenggara, ia bukan sahaja dapat menjimatkan masa tetapi juga mengurangkan risiko dapur bersepah sepanjang tempoh memasak.
Cosmic Cookware dicipta dengan teliti dan direka dengan ciri yang indah yang mana jenama tempatan ini telah memberi inspirasi kepada ramai tukang masak rumah untuk beralih kepada produk seramik bersalut yang tidak mempunyai toksik pada alat memasak mereka.
Bagi yang tidak mengetahui, kesemua peralatan dari Cosmic Cookware menggunakan bahan yang bebas daripada bahan kimia (teflon, PFOA, kadmium dan plumbum) selain turut direka bentuk secara estetik sesuai untuk dapur idaman para individu.

Dan yang terbaru, jenama Cosmic Cookware ini telah hadir dengan koleksi alat memasak dengan rekaan serba baharu yang mana ia boleh didapati dalam warna Pink Berry.
Mencampurkan estetika dan kefungsian, koleksi Pink Berry baharu ini dijangka akan memudahkan para ibu dalam menyediakan hidangan di samping memberikan imej yang moden dan minimalis untuk dapur anda.

Oleh itu, bagi yang berminat, produk terbaru dari Cosmic Cookware ini boleh mula dibeli di laman rasmi Cosmic Cookware bermula hari ini. Untuk set lengkap, Jingle All The Way dijual pada harga RM480 per set.