Nespresso bersama-sama dengan chef pastri dan pembuat coklat terkenal dunia, Pierre Hermé, mengumumkan kerjasama pertama mereka dalam memperkenalkan koleksi kapsul baharu edisi terhad, iaitu Nespresso X Pierre Hermé.
Menerusi kerjasama ini, mereka membawakan rasa baharu yang dibina berdasarkan latar belakang luas Pierre Hermé sebagai pakar perisa, yang banyak menghasilkan hidangan yang menambat selera. Ia dikatakan Nespresso X Pierre Hermé hadir dengan rasa yang menggambarkan seni haute pâtisserie dalam kehidupan seharian ke dalam kapsul kopi yang boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Bagi yang tidak mengetahui Pierre Hermé telah dilengkapi dengan pengalaman selama berdekad bermula sebagai perintis pada usia 14 tahun untuk Gaston Lenôtre dan kini telahpun berjaya dinobatkan sebagai Chef Pastri Terbaik Dunia pada tahun 2016.
Khusus untuk Nespresso, Pierre Hermé menampilkan kopi asal tunggal hitam dari Colombia yang dikenali sebagai Infiniment Espresso. Ia diperoleh dari wilayah pembekalan baharu Tolima, di mana kebanyakan petani menggunakan kaedah semula jadi dan mengutamakan pertanian berimpak rendah.
Tidak hanya itu, Pierre Hermé juga menawarkan dua kopi berperisa iaitu Infiniment Gourmand Saveur Noisette dan Infiniment Fruité Saveur Framboise. Dihasilkan daripada biji kopi Arabika Amerika Selatan yang manis lembut, Infiniment Gourmand Saveur Noisette dilengkapi dengan aroma hazelnut panggang diikuti dengan catatan rasa yang manis seperti biscotti badam dan vanila.

Sementara Infiniment Fruité Saveur Framboise pula hadir dnegan aroma yang menyegarkan yang mana ia digandingkan dengan rasa raspberi yang memikat. Kedua-dua ini memberi pengalaman pastri yang diinspirasi melalui citarasa kompleks yang sering dikaitkan dengan pastri Pierre Hermé.
Meraikan keseronokan dan kenikmatan, Nespresso mengambil inspirasi daripada dunia Pierre Hermé dan memperkenalkan beberapa resipi kopi yang memaksimumkan aroma lazat kopi edisi terhad, iaitu Espresso Macchiato Lime & Basil Facon Crème Brûlée, Roasted Hazelnut Latte Macchiato, dan Raspberry & Rose Mocktail. Resipi boleh didapati di https://www.nespresso.com/my/en/festive.


Bagi yang berminat untuk mencuba, dengan hanya satu sentuhan butang pada mesin kopi Nespresso sada Nespresso Atelier atau Nespresso Essenza Mini, penggemar kopi boleh menikmati saat yang sempurna dan menenangkan dengan kopi Nespresso bermula hari ini pada harga hanya RM29.50 untuk setiap bungkus Infiniment Espresso, Infiniment Gourmand Saveur Noisette dan Infiniment Fruité Saveur Framboise.