Bask Bear Coffee X MyBurgerLab Menawarkan Hidangan Hibrid, Burger Toasties

November 14, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Tidak hanya menumpukan kepada penawaran minuman panas dan sejuk, Bask Bear Coffee turut hadir dengan beberapa pilihan rangkaian hidangan roti yang boleh anda cuba.

Antara hidangan yang masih segar di dalam ingatan Tajria adalah menu Hasbrown Double Down yang ditawarkan Bask Bear Coffee. Berbeza dengan menunya yang lain, hidangan ini menggunakan dua keping hashbrown yang mengapit kepingan ayam, telur, salad dan juga keju.

Kali ini, khusus buat penggemar hidangan MyBurgerLab, kini bersama-sama dengan Bask Bear Coffee, mereka telah memperkenalkan 3 jenis hidangan menarik yang boleh anda cuba, iaitu:

  • Aren Glaze of Glory – Beef (RM17.80)
  • Discruptive Burger – Beef (RM16.90)
  • Salsa Something Good (RM18.80)

Ketiga-tiga hidangan ini dilihat menggabungkan ciri burger dan juga toast yang mana ia menawarkan pilihan isi sama ada daging ataupun ayam. Malah untuk setiap hidangan juga, ia hadir dengan keunikannya yang tersendiri sama ada penggunaan sos, penghasilan patti dan juga pelengkap lain seperti hashbrown, omelet dan lain-lain.

Bagi yang berminat, kesemua menu ini boleh didapati di mana-mana rangkaian fizikal Bask Bear Coffee di Semenanjung Malaysia kecuali Shaftbury Square, AEON Maluri, Pavilion KL, 1 Utama dan Sunway Carnival Penang. Selain menampilkan toasties, anda juga boleh mencuba beberapa hidangan lain seperti Nasi Tomato dan juga Mac & Cheese.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd