Baru-baru ini, UNIQLO telah hadir dengan satu lagi revolusi baharu menerusi pengenalan teknologi HEATTECH oleh UNIQLO. Ia merupakan satu penawaran yang cukup menarik kerana menerusi HEATTECH, orang ramai tidak lagi perlu menggayakan pakaian yang tebal sewaktu musim sejuk bagi mengekalkan kehangatan pada tubuh.

Menurut UNIQLO, HEATTECH berfungsi dalam menjana haba yang inovatif pada fabrik di samping mengekalkan kehangatan menggunakan lapisan yang nipis dan selesa. Malah, koleksi pakaian yang menawarkan teknologi HEATTECH ini turut ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna dan serba boleh untuk dipakai sebagai pakaian dalam atau luar.

Bukan itu sahaja, untuk memenuhi keperluan kehangatan individu, koleksi pakaian HEATTECH hadir dalam 3 pilihan tahap kehangatan iaitu HEATTECH biasa, HEATTECH Extra Warm dan HEATTECH Ultra Warm.

  • HEATTECH biasa sesuai untuk pakaian harian semasa musim sejuk
  • HEATTECH Extra Warm memberikan lebih kurang 50% lebih kehangatan untuk hari yang sangat sejuk
  • HEATTECH Ultra Warm hadir dengan pengekalan kehangatan tertinggi untuk cuaca yang sejuk melampau.

Selain daripada penawaran fungsi penjanaan dan pengekalan haba, HEATTECH turut hadir dengan kemampuan seperti diperbuat daripada fabrik anti-bau, penyedutan lembapan, regangan dan pengekalan bentuk untuk menjadikan kehidupan musim sejuk selesa dengan pakaian musim sejuk yang lebih tahan lama.

Ia juga telah diperluaskan kepada penawaran koleksi selain baju iaitu stoking dan aksesori pakaian musim sejuk lain untuk wanita dan kanak-kanak. Menambah senarai inovasi tahun lepas ialah HEATTECH Cotton yang menggunakan 100% kapas di bahagian dalam untuk memberikan rasa lembut dan licin pada kulit.

Untuk maklumat lanjut tentang UNIQLO HEATTECH, anda boleh layari laman web rasmi UNIQLO Malaysia atau kunjungi ke Facebook Malaysia di www.facebook.com/uniqlomy.