Bersempena PRU15 yang bakal tiba pada Sabtu, 19 November 2022, terdapat beberapa restoran, kafe dan jenama makanan yang menawarkan promosi menarik bersempena memberikan galakkan kepada orang ramai untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara.
Berikut adalah beberapa tawaran menarik yang boleh anda dapatkan dengan hanya menunjukkan dakwat pada jari sebagai bukti anda telah selesai mengundi:
Kopi Saigon
Untuk peminat minuman kopi unik dari Kopi Saigon, jenama ini mengumumkan yang mana mereka menawarkan segelas kopi percuma kepada individu yang telah selesai mengundi.
Promosi ini sah pada hari mengundi sahaja iaitu Sabtu, 19 November 2022 dengan syarat anda perlu melakukan pembelian sekurang-kurangnya dua cawan kopi dalam satu resit.

Tealive
Selain Kopi Saigon, anda juga boleh mendapatkan minuman kegemaran anda pada harga yang lebih murah di semua rangkaian Tealive berdekatan anda.
Bermula dari 14 November sehingga 20 November 2022, Tealive hadir dengan promosi 2 minuman pada harga RM15 sahaja bersempena dengan Pilihan Raya Umum yang ke-15.

Taco Bell
Berita baik untuk peminat taco di Malaysia, Taco Bell juga turut menawarkan promo untuk pembelian set Loaded Griller iaitu dijual pada harga RM5 sahaja.
Hanya perlu tunjukkan dakwat pada jari dan anda berpeluang menikmati Loaded Griller pada harga yang lebih berbaloi! Tawaran ini sah pada hari kejadian, 19 November 2022.

TGI Fridays
Untuk peminat burger, berita baik untuk anda kerana TGI Fridays menawarkan potongan harga sebanyak 15% untuk semua hidangan burger di dalam menu.
Pastikan anda melaksanakan tanggungjawab anda dan kemudian tebus hidangan burger kegemaran anda pada harga yang lebih murah sewaktu 19 November 2022.

Secret Recipe
Nampaknya Secret Recipe juga tidak ingin ketinggalan dalam memeriahkan hari PRU15 pada hujung minggu ini.
Restoran ini dilihat menawarkan diskaun sebanyak 30% untuk setiap pesanan minuman yang dilakukan. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menunjukkan dakwat pada jari sebagai bukti undian.

Old Town White Coffee
Anda juga boleh mendapatkan secawan White Coffee panas atau sejuk secara percuma di Old Town White Coffee dengan hanya menunjukkan dakwat pada jari sebagai bukti anda telah mengundi.
Promosi ini sah pada hari Sabtu, 19 November 2022 sahaja dan syarat untuk menebus adalah anda perlu sekurang-kurangnya melakukan pembelian hidangan ala carte nasi atau mi dalam satu resit. Satu jari untuk satu penebusan sahaja.

Street Churros
Bagi anda yang menggemari churros, maka ini adalah peluang anda untuk merebut diskaun dan tawaran menarik di Street Churros
Tawaran sah bermula 19 November sehingga 22 November 2022, dan anda boleh menikmati diskaun sebanyak 15% untuk setiap pembelian dalam satu resit.

CoolBlog
Bukan itu sahaja, di CoolBlog, anda boleh menambah toppings secara percuma bagi setiap pembelian minuman di kedai.
Tiga toppings yang boleh anda dapatkan adalah Pearl, Mango Jelly dan Lychee Jelly.

Marry Brown
Jom mengundi dan dapatkan seketul ayam MB percuma dengan sebarang pembelian MB Combo pada 19 November 2022.
Anda hanya perlu menunjukkan jari dengan dakwat sebagai bukti bahawa anda telah selesai menjalankan tanggungjawab ke atas negara.

Sushi King
Selesai sahaja mengundi, anda boleh kunjungi ke Sushi King untuk menebus satu pinggan untuk mana-mana warna secara percuma bermula dari 19 November hingga 20 November 2022.

IKEA Malaysia
Bersempena Pilihan Raya Umum Ke-15 yang bakal berlangsung pada 19 November ini, IKEA akan menawarkan Aiskrim Soya percuma kepada para pengundi yang terlibat.
Pengundi hanya perlu menunjukkan jari berdakwat sebagai bukti untuk menebus aiskrim percuma di mana-mana gedung IKEA di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang yang tersedia mulai jam 10 pagi di Bistro Sweden IKEA.

FamilyMart
Semakin banyak jenama dan kedai makanan yang mula menawarkan promosi eksklusif sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 yang bakal berlangsung pada 19 November 2022.
Dan antara jenama yang tidak ketinggalan memeriahkan kempen mengundi di Malaysia termasuklah FamilyMart.
Apa yang perlu anda lakukan adalah tunjukkan jari yang berdakwat sebagai bukti bahawa anda telah melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia kepada juruwang di kaunter. Kemudian, nikmati diskaun sebanyak 25% untuk pembelian kon sofuto, onigiri dan juga pilihan kopi kegemaran anda.

ZUS Coffee
ZUS Coffee akan memberikan ganjaran kepada rakyat Malaysia yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan menawarkan pelanggan potongan 15% untuk pembelian minuman dalam aplikasi pada 19 November.
Anda boleh menebus ganjaran ini melalui pesanan terus di aplikasi ZUS Coffee yang mana pelanggan hanya perlu menggunakan kod ZOMVOTEMSIA untuk menebus diskaun istimewa.

Burger King
Nikmati pai nanas percuma selepas mengundi dengan hanya berkunjung ke rangkaian Burger King berdekatan anda dan tunjukkan jari berdakwat untuk mula menebus.
Tawaran ini sah pada hari pengundian sahaja iaitu 19 November 2022.

McDonalds’ Malaysia
Sekiranya anda ingin mendapatkan Spicy McCrispy pada harga yang lebih rendah, anda perlu kunjungi ke McDonalds’ Malaysia dan beli hidangan tersebut pada harga hanya RM10.95 sahaja.

dUCK
Sepanjang hujung minggu ini, 19 November hingga 20 November 2022 bersempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 yang bakal berlangsung, dUCk, jenama fesyen tempatan turut bersama-sama menggalakkan orang ramai untuk turun mengundi dengan menawarkan kopi percuma kepada para pengundi yang terlibat.
Pengundi hanya perlu menunjukkan jari berdakwat sebagai bukti untuk menebus kopi percuma di dUCk Cafe, Bangsar Village yang mana ia akan tersedia mulai jam 10pagi.

Berikut adalah beberapa tawaran dan diskaun menarik yang boleh anda tebus selapas anda menerima mengundi di lokasi pengundian anda.
Anda juga boleh kongsikan banyak lagi tawaran menarik yang boleh orang ramai dapatkan selepas ini. Selamat mencuba!