Bersempena Pilihan Raya Umum Ke-15 yang bakal berlangsung pada 19 November ini, IKEA akan menawarkan Aiskrim Soya percuma kepada para pengundi yang terlibat.
Pengundi hanya perlu menunjukkan jari berdakwat sebagai bukti untuk menebus aiskrim percuma di mana-mana gedung IKEA di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang yang tersedia mulai jam 10 pagi di Bistro Sweden IKEA.

Tawaran berkenaan hanya sah untuk satu hari sahaja pada hari pilihan raya, dan terhad kepada 500 pelanggan setiap gedung. Jadi, laksanakan hak anda sebagai rakyat Malaysia untuk menikmati hidangan manis ini!