Kenangan Coffee Melantik Barista Ke-7 Terbaik Dunia Sebagai “Ketua Kopi” – Turut Perkenalkan Aplikasi Tersendiri

November 16, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Bermula dengan satu lokasi kafe di Suria KLCC, Kenangan Coffee kini telah memperluaskan penawarannya ke lebih banyak lagi lokasi di sekitar Lembah Klang.

Berikut adalah 4 lagi lokasi Kenangan Coffee yang boleh anda kunjungi:

  • Pavilion Kuala Lumpur – Aras 1, P1.05
  • Nu Sentral – Aras LG, LG.09
  • MyTown Shopping Centre – Aras G, G.047
  • Sunway Pyramid – Aras LG, LG1.118A

Bagi yang tidak mengetahui, Kenangan Coffee atau lebih dikenali sebagai Kopi Kenangan merupakan rangkaian kopi grab-and-go yang paling pesat berkembang di Indonesia. Ia bukan sahaja menawarkan variasi pilihan hidangan kopi yang unik dan menarik, Kenangan Coffee turut hadir dengan pilihan kopi kisar (Single Origin) yang boleh didapati terus dikedai.

Empat pilihan kopi kisar yang ditawarkan adalah Kenangan Blend yang memfokuskan kepada rasa nota coklat yang pekat, manakala Bumi Flores pula hadir dengan rasa biji kopi yang lebih unik yang mana ia menggabungkan rasa antara gula perang, rempah ratus dan juga buah limau kering. Dua kopi kisar yang lain pula dikenali sebagai Malabar dan juga Solok.

Selain itu, untuk hidangan makanan pula, Kenangan Coffee telah menambah beberapa pilihan di dalam menu seperti:

  • Cerita Roti (roti)
  • Kenangan Manis (biskut)
  • Chigo (ayam goreng)
  • Kopi Kenangan Hanya Untukmu (minuman sedia-minum)

Walau bagaimanapun, keempat-empat hidangan ini masih belum ditawarkan di 5 cawangan Kenangan Coffee di Malaysia. Setakat ini, pilihan hidangan yang dijual adalah croissant dan juga kek.

Kenangan Coffee Menampilkan Barista Ke-7 Terbaik Dunia Di Dalam Krew

Selari dengan objektif Kenangan Coffee untuk menyajikan kopi berkualiti kepada pengguna, jenama itu turut menampilkan barista terbaik mereka iaitu Mikael Jasin yang merupaka Barista Ke-7 Terbaik Dunia (2021) sebagai pengendali utama barisan kopi mereka.

Ini bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman luar biasa dan pengetahuan luasnya dalam merevolusikan cara penyediaan Kenangan Coffee bermula dari pemerolehan biji kopi sehingga ke hasil akhir untuk dinikmati penggemar kopi.

Menjadi tonggak utama untuk penyediaan kopi di Kenangan Coffee, Mikael Jasin menyatakan selain daripada penggunaan biji kopi yang berkualiti juga, faktor utama yang menjadikan Kenangan Coffee lain dari yang lain turut berkait-rapat dengan penggunaan mesin kopi mereka yang berteknologi tinggi.

Di Kenangan Coffee, mereka menggunakan mesin dari Black Eagle Maverick yang mana proses penyediaan kopi bukan sahaja menjadi lebih mudah, di samping mengekalkan kualiti asal biji kopi.

Menurut Mikael lagi, khusus untuk penyediaan kopi jenis pour-over, mesin kopi yang Kenangan Coffee gunakan dapat menjimatkan tempoh masa penyediaan. Untuk perbandingan, jika dilakukan secara manual, ia mengambil masa sekitar 3 hingga 4 minit tetapi dengan mesin mereka, tempoh dapat dikurangkan ke sekitar 30 saat sahaja.

Pesan Minuman Kegemaran Terus Pada Aplikasi – Kenangan Coffee Malaysia

Khusus untuk pengguna baru, Kenangan Coffee menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk semua hidangan minuman mereka yang mana promosi ini boleh dinikmati dengan hanya mendaftar sebagai pengguna pada aplikasi.

Walau bagaimanapun, setakat ini, servis penghantaran yang ditawarkan hanyalah ‘Pickup’ yang mana pengguna perlu menetapkan lokasi pengambilan untuk pesanan sama ada Suria KLCC, Nu Sentral, MyTown, Pavilion KL dan juga Sunway Pyramid.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd