Apa Sebenarnya Yang Dihirup Sewaktu Bernafas?
Lina Rosli
Kini, penggunaan pelitup muka tidak lagi diwajibkan di kebanyakan tempat awam termasuk di dalam pusat beli-belah, restoran dan kafe serta di sesetengah pejabat.
Dan sejak bermulanya fasa ke arah endemik, pelbagai persoalan mungkin mula timbul. Adakah kini selamat untuk kita bernafas tanpa pelitup muka? Apakah yang berlaku pada udara sama ada sebelum dan selepas pandemik berlaku? Dan bagaimanakah tahap kualiti udara kita?
Selain daripada kebimbangan umum tentang penyebaran Covid-19, lebih-lebih lagi kebanyakan orang kini tidak lagi memakai pelitup muka, terdapat pelbagai bahan cemar lain yang perlu diawasi dan dihindari.

Apakah Yang Menyebabkan Berlakunya Pencemaran Udara?
Pencemaran udara dan peningkatan bahan pencemaran di udara cenderung berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk:
- Aktiviti lazim seperti memandu kereta – Pengendalian dan pemanduan kereta memerlukan penggunaan bahan api, yang seterusnya menghasilkan bahan pencemar udara seperti karbon dioksida dan zarah berbahaya lain.
- Kehadiran debu yang ditiup angin kesan daripada pembakaran terbuka, kegiatan pertanian, loji janakuasa, kilang dan juga tugasan harian di rumah kita sendiri.

Untuk pengetahuan anda, di Malaysia, berdasarkan Indeks Kualiti Udara Malaysia, Sabah mempunyai kualiti udara paling bersih di Malaysia manakala Selangor mempunyai udara yang paling membimbangkan. Di Selangor, Kuala Selangor ditarafkan sebagai kawasan yang paling tercemar, diikuti oleh Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang.

Selain daripada kualiti udara luar, kebersihan udara dalaman juga tidak kurang penting kerana ia 2 hingga 5 kali lebih tercemar daripada udara luar. Ini disebabkan oleh udara dalaman yang tidak banyak beredar, lebih-lebih lagi dengan tahap pengudaraan yang kurang baik.
Ini seterusnya akan menyebabkan banyak bahan cemar bawaan udara seperti habuk, bulu haiwan peliharaan, debunga, virus dan bakteria biologi lain terus hidup di ruang dalaman.
Bagaimana Cara Untuk Mengurangkan Risiko Bernafas Akan Udara Yang Tercemar?
Salah satu cara pengurangan risiko menghirup udara yang tercemar adalah dengan menggunakan penulen udara yang baik untuk kegunaan di dalam banguna termasuk rumah dan pejabat.
Selain daripada meringankan beban pernafasan bagi mereka yang lebih mudah jatuh sakit, penulen udara boleh memainkan peranan penting dalam ruang dalaman sebagai:
- penghapus acuan dan debunga dari udara
- meneutralkan bau yang kurang menyenangkan
- meningkatkan kualiti tidur keseluruhan
- mengurangkan alergen bagi mereka yang mengalami alahan atau haiwan peliharaan
Bukan itu sahaja, penulen udara juga melindungi wanita hamil dan ibu-ibu baru daripada bahaya bahan zarah dan menapis semua bahan pencemaran yang tidak boleh dibersihkan menerusi pembersihan harian biasa.
Di Coway, mereka kini hadir dengan produk penulen udara pintar serba baharu yang dinamakan sebagai Coway Noble. Dengan kehadiran teknologi canggih, ia terbukti dapat mengurangkan zarah halus seperti virus dan bakteria – dan merupakan alat kediaman yang sangat diperlukan di setiap ruangan dalam.
Apakah Ciri-Ciri Penulen Udara Yang Baik Untuk Rumah?
Antara ciri-ciri yang menjadikan penulen udara baik dan berkesan untuk kegunaan di dalam rumah ialah teknologi penapis Double HEPA. Ia bertindak sebagai perlindungan berganda selain menjadi lapisan tambahan untuk menghalang bakteria serta kulat.
Untuk Penulen udara Coway Noble, ia dilengkapi dengan lima jenis penapis berbeza dan disokong oleh pensterilan UVC yang merupakan sebahagian daripada sistem penapis 6 langkah unik yang terbina di dalam penulen udara tersebut. Reka bentuk unik ini memberikan aliran udara berterusan yang tulen, bersih dan selamat.

Bukan itu sahaja, Coway Noble juga menggunakan penapis 4D pertama yang direka khas untuk memerangkap, membersihkan dan mengalirkan udara dari setiap arah iaitu 360 darjah. Ia kemudiannya dilengkapi dengan petunjuk LED pada kerangka. Lampu itu akan menyala untuk memaklumkan pengguna dengan empat warna berbeza untuk menyatakan tahap pencemaran udara dalaman semasa.
Harus diingatkan, semakin ramai orang di dalam rumah atau mana-mana ruangan tertutup, semakin banyak zarah virus akan berkumpul. Oleh itu, penulen udara dilihat merupakan salah satu alternatif yang berkesan dalam membantu menampilkan sistem pengudaraan rumah yang baik.