Ketahui Tentang Mitos Pemasangan Pemanas Air Solar Di Rumah

November 17, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Memandangkan tenaga lestari semakin menjadi tarikan di Malaysia, ramai rakyat tempatan kini menukar ke penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui secara separa atau keseluruhan di rumah mereka.

Salah satu tenaga lestari yang paling popular dan telah mula diterima oleh rakyat Malaysia ialah tenaga solar. Ia yang merupakan tenaga boleh diperbaharui yang paling mudah diakses berkat cuaca tropika negara kita.

Aplikasi tenaga solar yang paling biasa digunakan di kediaman ialah pemanas air solar sebagai sumber tenaga alternatif untuk sistem pemanasan air di rumah. Di samping peningkatan aksesibilitinya, pemanas air solar mendatangkan banyak kelebihan kepada pemilik rumah seperti pengurangan bil elektrik dan manfaat mesra alam dalam jangka masa panjang sambil mengekalkan kecekapan yang sama seperti pemanas air tradisional.

Penggunaan pemanas air solar juga adalah pilihan terbaik bagi yang berminat untuk memulakan penggunaan tenaga mampan sebelum melabur wang yang besar untuk penggunaan tenaga lestari secara meluas di rumah mereka.

Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan dan kebimbangan mengenai pemasangan dan penggunaan pemanas air solar, berikut adalah beberapa penjelasan yang menghapuskan mitos tentang sistem ini.

Mitos #1 – Pemanas air solar hanya berfungsi pada hari yang cerah

Pertama sekali, mari kita fahami bagaimana pemanas air solar berfungsi. Pemanas air solar menggunakan tenaga sinaran matahari untuk memanaskan air sejuk dan memindahkan air yang dipanaskan ke dalam tangki simpanan yang sedia untuk digunakan.

Memandangkan sistem ini menggunakan sinaran solar untuk memanaskan air, ia masih boleh berfungsi pada hari mendung kerana keadaan cuaca tidak akan menghalang sinaran matahari. Walau bgaimanapun, ia berkemungkinan besar akan mempengaruhi output maksimum pemanas air solar.

Oleh sebab itu, sesetengah pemanas air solar dipasangkan dengan sistem pemanasan sokongan untuk menghasilkan air yang telah dipanaskan ke suhu yang diperlukan. Ia juga boleh dipasangkan dengan sistem sokongan elektrik untuk meningkatkan operasi apabila diperlukan untuk memastikan bekalan air panas berterusan waktu cuaca yang tidak diingini.

Mitos #2 – Saiz Pemanas Air Solar Yang Besar Adalah Lebih Baik

Penawaran saiz akan mempengaruhi outputnya adalah satu kepercayaan yang tidak betul. Pemanas air solar dipilih dan dipasang berdasarkan beberapa pertimbangan untuk memaksimumkan kecekapan kos.

Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memasang pemanas air solar di rumah ialah:

  • bilangan penghuni rumah
  • kapasiti penyimpanan air panas
  • struktur bumbung
  • faktor lain yang perlu untuk memenuhi keperluan anda

Berdasarkan bilangan ahli keluarga, anda boleh memilih pemanas air solar dengan kapasiti tangki kecil atau besar yang mampu membekalkan jumlah air panas yang mencukupi untuk penggunaan semua. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk pemasangan dan penyelenggaran yang lebih daripada apa yang diperlukan. Jadi ingat untuk berbelanja untuk apa yang diperlukan sahaja.

Mitos #3 – Pemanas air solar memerlukan penyelenggaraan yang banyak

Kos penyelenggaraan yang tinggi adalah salah satu kebimbangan utama pemilik rumah apabila mereka mempertimbangkan pemasangan pemanas air solar.

Sebenarnya, sistem ini hanya memerlukan penyelenggaraan yang minimum jika ia dipasang dengan betul dan diservis secara berkala oleh pembekal yang boleh dipercayai. Adalah dinasihatkan untuk menjadualkan servis dan pemeriksaan produk setiap 4 hingga 5 tahun untuk memastikan pemanas air solar anda berada dalam kefungsian optimum.

Pemanas air solar direka untuk bertahan dan biasanya ia boleh bertahan selama 15 hingga 20 tahun. Walaupun ia memerlukan penyelenggaraan yang minimum dalam jangka hayat penggunaan, ia masih boleh mencapai kefungsian maksimum dan mengurangkan kos elektrik dalam jangka masa panjang jika ia diselenggara dengan betul.

Bagi anda yang berminat untuk mula mendapatkan pemanas air, antara pemanas air solar yang boleh didapati di pasaran termasuklah SolarMate. Ia merupakan terma solar pertama yang diperakui di Malaysia yang bekerjasama dengan Waterco Malaysia untuk menyediakan penyelesaian penapisan dan pemanasan air yang komprehensif kepada pelanggan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd