Semakin banyak jenama dan kedai makanan yang mula menawarkan promosi eksklusif sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 yang bakal berlangsung pada 19 November 2022.
Dan antara jenama yang tidak ketinggalan memeriahkan kempen mengundi di Malaysia termasuklah FamilyMart.
Apa yang perlu anda lakukan adalah tunjukkan jari yang berdakwat sebagai bukti bahawa anda telah melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia kepada juruwang di kaunter. Kemudian, nikmati diskaun sebanyak 25% untuk pembelian kon sofuto, onigiri dan juga pilihan kopi kegemaran anda.

Tawaran ini sah bermula dari 18 Novermber sehingga 20 November 2022 dan tidak tertakluk pada cawangan FamilyMart di KLCC, KLIA2 dan Genting Highlands.
Anda juga boleh kongsikan banyak lagi tawaran menarik yang boleh orang ramai dapatkan selepas ini. Selamat mencuba!