Carian
dUCk Menawarkan Kopi Percuma Serta Diskaun 15% Untuk Pembelian Di Kedai Sempena PRU15
November 18, 2022 Lina Rosli

Sepanjang hujung minggu ini, 19 November hingga 20 November 2022 bersempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 yang bakal berlangsung, dUCk, jenama fesyen tempatan turut bersama-sama menggalakkan orang ramai untuk turun mengundi dengan menawarkan kopi percuma kepada para pengundi yang terlibat.

Pengundi hanya perlu menunjukkan jari berdakwat sebagai bukti untuk menebus kopi percuma di dUCk Cafe,Bangsar Village yang mana ia akan tersedia mulai jam 10 pagi.

Selain itu, jenama ini juga turut menawarkan diskaun sebanyak 15% untuk pembelian produk mereka di kedai pada kedua-dua hari berkenaan. Walau bagaimanapun, promosi ini hanya sah untuk produk selain daripada koleksi The World Map dUCk, The Girlfriend dUCK dan The Mosaic dUCk.

Tawaran berkenaan hanya sah untuk dua hari sahaja. Jadi, laksanakan hak anda sebagai rakyat Malaysia untuk menikmati hidangan manis ini!

Komen