Pelindung matahari berfungsi sebagai agen yang melindungi kulit daripada UVB dan UVA daripada memberi kesan yang buruk kepada kulit. Dan dengan adanya variasi pilihan pelindung matahari di pasaran, ia bukan sahaja memudahkan pengguna untuk memakai dan melapiskan semula ke atas kulit, tetapi juga memberikan keselesaan yang berpanjangan sepanjang hari.
Terbaru, Anessa yang merupakan produk penjagaan kulit dari Jepun telah menambah dua variasi baharu untuk pelindung matahari, Moisture UV Sunscreen Mild Gel dan Perfect UV Sunscreen Mild Milk ke dalam barisan produknya.

Untuk Moisture UV Sunscreen Mild Gel, ia dicipta berdasarkan formula hipoalergenik, gel lembut yang dewy, ringan dan menyegarkan, pelindung matahari ini direka untuk kulit sensitif, kanak-kanak dan bayi lebih 12 bulan. Ia juga bebas daripada alkohol, paraben, pengawet dan minyak mineral, pewangi dan pewarna.
Menurut Anessa, produk ini turut dilengkapi dengan pelindung UV yang dipertingkatkan dan sesuai digunakan untuk pelbagai situasi termasuk pendedahan kepada peluh atau air. Ia juga mengandungi 50% bahan penjagaan kulit yang mana akan membantu melindungi kulit daripada kekeringan dan kerosakan akibat sinaran UV, mengekalkan kelembapan kulit selain turut boleh digunakan sebagai primer makeup kerana ia mudah ditanggalkan dengan sabun.

Manakala, Perfect UV Sunscreen Mild Milk pula ditawarkan untuk mengurangkan ketegangan pada kulit sambil mengekalkan perlindungan UV yang kuat. Ia menampilkan Teknologi Smooth PROTECT di mana agen perlindungan UV akan meningkatkan prestasi keupayaan setiap molekul untuk memantulkan UV sekaligus membolehkan penjagaan kulit yang lebih konsisten.

Kedua-dua pelindung matahari jenis mild ini adalah bukan komedogenik dan diuji oleh pakar dermatologi. Bagi yang berminat, kedua-dua produk ini boleh didapati di semua rangkaian fizikal dan atas-talian Watsons pada harga RM120 untuk Moisture UV Sunscreen Mild Gel 90g dan Perfect UV Sunscreen Mild Milk 60ml dijual pada harga RM141