Lina Rosli Diterbitkan 24 November 2022

UNIQLO Pertama Di Kelantan Kini Dibuka Pada 24 November 2022

UNIQLO hari ini mengumumkan kedai pertamanya di negeri Kelantan telah dibuka pada 24 November di AEON Mall Kota Bharu.

Sempena pembukaan kedai baharu, pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran menarik yang eksklusif dan terhad mulai 24 hingga 27 November 2022. Antaranya:

  • Novelty Box Doorgift yang menampilkan pin enamel warisan Kelantan dan kuih-muih tempatan untuk pelanggan
  • Ana Tomy Spiral Notebook untuk para pelajar dengan sebarang pembelian
  • Tumbler keluli tahan karat dengan setiap pembelian RM200 dan ke atas

Bagi anda yang ingin mengunjungi kedai UNIQLO ini, ia dibuka di aras 1, Aeon Mall Kota Bharu Mall, iaitu di Lot F-21.

Di sana, UNIQLO menawarkan pelbagai jenis pakaian LifeWear untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak, termasuk produk-produk lain yang popular seperti:

  • AIRism: Rangkaian produk ini diperbuat daripada bahan inovatif dan berfungsi untuk penggunaan yang aktif seperti bersukan dan melakukan aktiviti lasak. Antar produk yang dijual termasuklah tshirt, pelitup muka, pakaian dalam, jaket, tudung dan banyak lagi.
  • Koleksi teras: Koleksi ini menampilkan pilihan pakaian bekerja dan beriadah, pakaian santai dan pakaian utiliti sukan untuk lelaki dan wanita, pakaian untuk kanak-kanak dan bayi serta aksesori seperti kasut, tali pinggang dan beg.
  • Tshirt UT: Ia menawarkan pelbagai pakaian yang menampilkan budaya pop asli dan grafik seni dari seluruh dunia yang membolehkan pemakainya mengekspresikan keperibadian mereka.

Jadi, jangan ketinggalan untuk memeriahkan pembukaan UNIQLO di Kelantan pada Khamis ini jam bermula 10 pagi hingga 10 malam pada Ahad hingga Khamis. Sementara hari Jumaat pula dibuka pada jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari dan 2.30 petang hingga 10 malam.