Llaollao Tampil Dengan Pilihan Froyo Berwarna Hitam

November 22, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

llaollao merupakan sebuah jenama francais yogurt beku Sepanyol yang diasaskan di Denia, Sepanyol. Ia menawarkan aiskrim atau lebih dikenali sebagai froyo yang diperbuat daripada susu skim dan digabungkan dengan pilihan topping yang variasi termasuk buah-buahan, bijirin dan juga pelbagai jenis sos.

Terbaru, selain froyo putih, llaollao nampaknya dilihat menampilkan pilihan baharu iaitu ‘Black Froyo’ kepada umum. Ia merupakan edisi senarai hitam yang boleh dinikmati bermula 25 November 2022.

Untuk mencubanya, anda boleh mengunjungi kedai fizikal llaolao berdekatan anda atau dapatkan hidangan tersebut sama ada melalui pesanan atas talian di GrabFood dan juga Foodpanda.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd