Sempena musim perayaan ini, Coolblog melancarkan siri Red Velvet Cheese yang menampilkan dua perisa terbaharu iaitu Red Velvet Cheese dan Red Velvet Choco Cheese. Penawaran ini diinspirasikan oleh kek kegemaran rakyat Malaysia yang kini boleh dinikmati dalam bentuk minuman smoothies.

Untuk pilihan minuman Red Velvet Cheese, ia dilengkapi bersama cheese mousse yang turut disertakan dengan taburan serbuk biskut red velvet. Sesuai untuk individu yang menggemari perisa asli kek red velvet, minuman Red Velvet Cheese merupakan pilihan seuai kerana keseimbangan perisa kek dan cheese mousse yang menggamit selera.

Manakala Red Velvet Choco Cheese pula, ia adalah gabungan antara perisa red velvet dan coklat Coolblog yang istimewa.

Melengkapkannya adalah penggunaan bekas minuman dengan penutup khas yang senang dibuka. Dengan ini, para pelanggan dapat menikmati keenakan taburan biskut red velvet yang melengkapi siri smoothie ini dengan lebih mudah. Setiap minuman ditawarkan pada harga RM11.90.

Bagi yang berminat, anda boleh mula menikmati keenakan kek kegemaran mereka dalam bentuk smoothie di cawangan Coolblog di seluruh negara mulai 25 November.