Carian
1 Daripada 5 Individu Di Malaysia Memilih Untuk ‘Snacking’ Sekurang-Kurangnya Sekali Sehari
November 23, 2022 Lina Rosli

‘Snacking’ atau menikmati snek sama ada sebelum, semasa atau selepas makan adalah satu perkara yang biasa dilakukan oleh kebanyakan individu di Malaysia. Dan jenis-jenis snek yang biasa dinikmati oleh rata-rata individu termasuklah pastri, buah-buahan, snek ringan, pisang goreng, kentang goreng dan macam-macam lagi.

Berdasarkan perkongsian Grab, ia menunjukkan peningkatan dalam data yang memfokuskan ‘snacking’. Jika dibandingkan pada tahun 2020, terdapat pertumbuhan dalam pesanan snek sebanyak 2 kali ganda bagi tahun 2022.

Manakala pesanan makanan untuk minum petang pula meningkat sebanyak 3 kali ganda pada tahun 2022 berbanding tahun 2020.

Situasi ini sangat selari dengan tabiat snacking yang mana individu kerap makan makanan ringan di dalam beberapa keadaan. Salah satu faktor peningkatan tabiat ‘snacking’ ini berkemungkinan besar didorong oleh gaya hidup atau keadaan yang mendorong kepada pengurangan pengambilan makanan berat dan meningkatnya pengambilan makanan ringan.

Di samping itu juga, faktor lain seperti lokasi, persekitaran sosial, waktu seharian, dan ketersediaan makanan turut menyumbang kepada tabiat snacking dalam kehidupan individu.

Di tambah lagi kebanyakan syarikat dan tempat kerja kini mula beroperasi dengan kapasiti penuh, individu juga cenderung untuk menikmati snek ketika bekerja. Dalam tinjauan Grab, ia menunjukkan bahawa tabiat ‘snacking’ ini bukan satu aktiviti persendirian dan sebanyak 54% pengguna menyatakan yang mana mereka akan melakukan pesanan lebih daripada satu hidangan.

Walau apapun faktor untuk anda mula mengamalkan tabiat ‘snacking’, apa yang penting adalah anda perlu menjaga pemakanan dan setiasa rujuk dengan pakar nutrisi akan kesan pengambilan snek yang berlebihan kepada diri anda.

Komen