Ikan emas merupakan salah satu hidupan air yang popular dalam kalangan pencinta ikan rumah. Ia bukan sahaja comel, tetapi juga memerlukan kadar penyelenggaraan yang rendah dan mudah. Oleh sebab itu, ikan emas sering dipilih menjadi ikan pemula yang bersesuaian untuk individu yang ingin berjinak-jinak dengan alam akuarium.
Secara purata, sekiranya diberi makanan yang mencukupi, kebanyakan ikan emas akan mempunyai berat sekitar 0.23kg. Dan di dalam beberapa kes, ikan emas gergasi berpotensi untuk mempunyai saiz yang lebih besar iaitu sekitar berat 1.8kg.
Berat ini bergantung pada pertumbuhan ikan emas anda dan boleh berbeza-beza bergantung pada jumlah makanan, keadaan hidup dan kesihatan umum ikan anda dari semasa ke semasa.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, seorang pemancing telah menemui seekor ikan emas dengan berat mencecah 30kg di BlueWater Lakes di Champagne, Perancis.
Andy Hackett yang merupakan seorang pemancing berasal UK menggelarkan ikan emas gergasi. tersebut dengan nama “The Carrot,” yang beratnya mencapai 30kg bersamaan dengan 67 paun. Menurut penjaga BlueWater Lakes, ikan gergasi itu dipercayai adalah yang kedua terbesar daripada jenisnya yang pernah ditangkap pemancing.

Berdasarkan perkongsian, ikan emas tersebut merupakan ikan kacukan mas kulit dan ikan koi. Ia mempunyai warna jingga yang menyerlah tanpa sebarang tompok berwarna lain. Sebelum ini, di BlueWater Lakes, mereka sedia hadir dengan pelbagai ikan lain yang beratnya melebihi 22.7 kg dan ada juga yang mencecah 40 kg.
Walau bagaimanapun, untuk ikan yang ada di tasik itu tidak akan dibawa naik ke darat. Sekiranya ia perlu dirawat, ia akan dibawa ke pakar sebelum dilepaskan semula ke dalam tasik.
Adakah Ikan Emas Benar-Benar Boleh Menjadi Sebesar Itu?
Untuk rekod sebelum ini yang diperlihatkan di Gold Fish World Championship CPIS 2019, seeokor ikan emas gergasi telah direkodkan mempunyai saiz sebesar 18.7 inci.
Dan ini menandakan bahawa ikan emas boleh membesar menjadi satu saiz yang bukan biasa. Namun, ia masih bergantung kepada diet dan nutrien yang diperolehi. Sebagai contoh, di tasik atau kawasan kolam liar, sumber air sejuk yang dibawa dari hujan dan sumber semula jadi telah meningkatkan jumlah oksigen, bermakna ikan emas dapat berfungsi dengan cara yang lebih berkebolehan berbanding di akuarium rumah.
Sumber: BlueWater Lakes (video)