63% Individu Memilih Aktiviti Mengait – Boleh Beri Kesan Positif Kepada Kesihatan
Lina Rosli
Tahukah anda, aktiviti mengait atau knitting ini telahpun dilaksanakan sejak zaman dahulu lagi. Yang mana jika dilihat daripada catatan kamus terdahulu, ia mula diperkenalkan sejak abad ke-15 lagi. Asal perkataan ‘knit’ adalah daripada perkataan Inggeris lama iaitu ‘cynattan’ yang bermaksud mengikat atau simpulan.
Dan kini, mengait telah menjadi satu aktiviti yang mula diterima dan dilakukan oleh pelbagai lapisan individu. Ia tidak hanya boleh dilakukan secara bersendirian tetapi juga secara sosial. Ini kerana mengait tidak memerlukan banyak ruang selain kos perlaksanaan juga turut minimal. Individu hanya memerlukan sepasang jarum dan benang untuk menyerlahkan kreativiti.
Selain daripada menyeronokkan juga, mengait mempunyai manfaat kesihatan seperti mengurangkan tekanan selain turut mengelakkan Alzheimer.

Mengapa Mengait Baik Untuk Kesihatan?
Antara faktor yang mencetuskan kebaikan kepada kesihatan adalah berikaitan dengan pergerakan berulang dan berirama. Ia dilihat dapat membentuk keselesaan kepada individu sekaligus membantu pembebasan serotonin, neurotransmitter yang dikaitkan dengan ketenangan dan kesejahteraan.
Berdasarkan tinjauan PP Yarns & Co, aktiviti mengait dilihat menjadi pilihan kebanyakan individu sebagai aktiviti yang akan dilakukan sewaktu masa lapang.
Dalam laporan, lebih tiga perempat daripada 1,603 responden iaitu sekitar 76% mengatakan bahawa mengait dikategorikan sebagai aktiviti yang santai dan mudah untuk dilakukan pada bila-bila masa. Manakala hampir 63% responden pula menyatakan bahawa mengait boleh memberi kesan positif kepada kesihatan mereka.

Dan yang paling menarik, lebih satu pertiga iaitu 32% daripada responden yang memilih untuk melakukan untuk aktiviti mengait di masalah lapang adalah lelaki.
Ini kerana, sebaik sahaja anda melepasi halangan awal pembelajaran, mengait boleh menjadi satu aktiviti yang santai seperti yoga. Jika dijelaskan dalam situasi, apabila anda fokus dan menikmati momen tersebut, anda akan merasakan masa berlalu dengan pantas dan semestinya diri tidak berasa terbeban dengan proses itu.
Di dalam penyelidikan juga, ia mendapati bahawa bahawa individu berada di tahap paling gembira apabila mereka benar-benar tenggelam di dalam tugas, yang mana ia perasaan tersebut dilabelkan sebagai ‘comfort zone‘.
Sumber: Sheep And Stich, The Star