Jenama fesyen tempatan Wanzar kini hadir dengan barisan busana wanita kasual terbaharunya yang diperbuat daripada 100% kain kapas organik. Ia merupakan inisiatif lestari jenama fesyen ini dalam memastikan penawaran koleksi mesra alam untuk pilihan busana kasual mereka.
Antara yang ditampilkan termasuklah baju bersaiz besar serta seluar paras buku lali yang tipis, ringan, dan sempurna walaupun untuk cuaca panas di Malaysia. Bagi yang pernah mengenali Wanzar sebelum ini, penawaran kali ini berbeza daripada rangkaian pakaian pengantinnya yang elegan dan cukup dikenali dalam dunia fesyen Malaysia.

Ini kerana koleksi baharu Wanzar ini menampilkan konsep kembali kepada asas (back-to-basics) dan melambangkan keselesaan ringkas dan kehidupan harian rakyat Malaysia yang santai. Mereka turut menampilkan kepelbagaian dari segi warna dan rekaan yang mana di dalam koleksi ini terdapat enam pilihan rekaan minimalis dan 17 warna indah yang setiap helaiannya direka dengan cukup versatil.
Mengulas lanjut mengenai warna pilihan Wanzar, kali ini ia membawakan rona-rona terang di bawah koleksi Astrid seperti warna Hijau Lime atau Merah Jambu Barbie, ataupun sekiranya anda ingin hadir dengan imej yang lembut dan penuh misteri, Wanzar hadir dengan barisan warna Biru Navy dan Ungu Gelap.


Koleksi yang penuh sifat sederhana ini juga pasti akan menggembirakan ramai peminat fesyen yang merupakan sebahagian daripada golongan pengguna gaya hidup yang mementingkan alam sekitar dan semakin berkembang di Malaysia, terutamanya mereka yang mencari gabungan sempurna antara gaya dan kelestarian. Menggunakan kain kapas organik yang diperoleh secara lestari, jenama fesyen tersebut juga menggalakkan amalan suai padan pakaian melalui rekaan fesyen yang versatil dan boleh dipakai semula untuk jangka masa yang panjang.
Untuk mendapatkannya, koleksi terbaharu busana wanita kasual lestari dari Wanzar boleh didapati di cawangan-cawangan mereka di Subang Jaya atau Johor Bahru, atau melalui butik dalam talian mereka di https://www.wanzar.com.my/_casual-2022.