Lina Rosli Diterbitkan 25 November 2022

KFC India Menawarkan Sajian KFC Chicken Popcorn Maggi Bowl 

Di KFC India, mereka telah hadir dengan menu gabungan yang digemari ramai iaitu popcorn ayam bersama mi segera iaitu KFC Popcorn Chicken With Maggi.

Melalui penawaran ini, ia menampilkan kerangupan ayam dan kemudian dipadankan dengan hidangan mi segera yang berempah menjadikannya sajian untuk pagi, tengahari dan malam yang menyelerakan dan lazat.

Tidak hanya itu, KFC turut menawarkan pilihan menu yang berasaskan tumbuhan sesuai untuk penggemar vegetarian.

Setakat ini, penawaran ini terhad untuk KFC di sekitar India sahaja dan tiada sebarang makluman tentang kehadirannya untuk pasaran tempatan.