Setelah hadir dengan ciri pembayaran menggunakan imbasan nombor plat kenderaan, kini Setel menawarkan pilihan pembayaran parkir menggunakan Setel QR.

Dengan ini, pengguna hanya perlu mempamer dan mengimbas Setel QR pada skrin pengimbas sewaktu di palang masuk dan keluar parkir. Dan kemudian, sistem akan menolak caj bayaran parkir yang dikenakan menerusi Setel Wallet.

Oleh itu, pastikan Setel Wallet anda mempunyai amaun yang mencukupi untuk melakukan pembayaran bagi memastikan kelancaran sewaktu keluar dari tapak parkir.

Setakat ini, lokasi yang mula menawarkan pembayaran parkir menggunakan Setel QR masih lagi terhad di beberapa tempat di sekitar Putrajaya iaitu:

  • Lot 2C3 – Berhadapan Menara PJH, Menara Sri Wilayah & Jabatan Kastam Malaysia
  • Lot 2C8 – Berhadapan Jabatan Pendaftaran Negara
  • Lot 3C1 – Bersebelahan Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)
  • Lot 3C10 & 3C11 – Berhadapan Wisma Tani
  • Lot 3M1 – Berhadapan Dorsett Putrajaya
  • Lot 3M4, 3M5 – Bertentangan Dengan Mahkamah Syariah
  • Lot 3M6 – Bersebelahan Jabatan Imigresen Malaysia

Untuk menggunakannya, jangan ketinggalan untuk muat-turun aplikasi Setel di kedai atas-talian Play Store dan juga App Store.