Green Rebel, syarikat startup protein alternatif terkemuka di Indonesia kini melebarkan sayapnya ke Malaysia. Ia merupakan negara kedua selepas Singapura yang menerima produk baharu untuk daging alternatif berasaskan tumbuhan.
Bagi yang tidak mengetahui, Green Rebel merupakan produk khusus yang sesuai untuk hidangan para individu yang mengamalkan diet fleksitarian yang lebih sihat. Produk Green Rebel dibangunkan dengan teliti oleh chef, pakar pemakanan dan ahli teknologi makanan untuk menyediakan profil pemakanan dan rasa yang optimum di samping mengurangkan jejak karbon.
Green Rebel hadir dengan variasi pilihan produk yang sedia untuk dimasak dan hanya akan mengambil masa kurang daripada enam minit untuk dihidangkan dari peti sejuk ke meja makan, dan boleh bertahan sehingga 12 bulan di dalam peti sejuk.

Antara produknya termasuk ayam dan daging lembu alternatif, protein sayuran dan keju. Ia direka untuk mereka yang mempunyai jadual harian dan gaya hidup yang sibuk kerana ia adalah pilihan yang mudah yang telah mula diamalkan oleh banyak keluarga dalam penyediaan makanan harian mereka.
Selari dengan misi penawaran yang ingin memenuhi citarasa penduduk tempatan, Green Rebel menampilkan hidangan istimewa iaitu Beefless Rendang & Satay yang dilengkapi dengan perisa yang menepati citarasa dan tekstur dagingnya yang seakan sama dengan yang asli. Dengan ini, ia bukan sahaja membawakan diet fleksitarian yang lebih pelbagai, tetapi juga lebih mudah untuk disediakan oleh individu.

Menambah sikit mengenai teknologi yang digunakan Green Rebel, mereka memperkenalkan Rebel Texturization dan Rebel Emulsion dalam mendapatkan dan mencipta tekstur daging berserat daripada cendawan shiitake dan soya bukan GMO.
Jadi, bagi yang berminat untuk mendapatkan Green Rebel, ia kini boleh didapati di Hijau Kuala Lumpur, Simply Good Food, The Hungry Tapir, Crown Colony, Vicked Good, Atlas, Vegan District dan Tanoshi Mart.