Carousell adalah salah satu platform edagang yang kini semakin banyak digunakan oleh orang ramai. Ia bukan sekadar menawarkan produk mahupun barangan terpakai, tetapi juga barangan baharu yang mungkin tidak ditawarkan di pasaran tempatan yang boleh didapati pada harga yang berbaloi kepada individu.
Bersempena sambutan ulang tahun Carousell yang ke-10, sebuah laporan telah dikongsikan mengenai tabiat pembelian individu di platform berkenaan. Dalam laporan tersebut, ia menyaksikan beberapa kategori yang paling banyak diakses atau dicapai pengguna. Antaranya, fesyen dengan jumlah pembelian mencecah 78.6 juta barangan, diikuti oleh kategori elektronik 33.9 juta dan juga barang rumah serta perabot pula sebanyak 11.1 juta.

Selari dengan peningkatan pembelian di platform Carousell ini juga, ia sedikit sebanyak telah memberi impak kepada kelestarian sepanjang tempoh 10 tahun ini yang mana ia telahpun memanjangkan jangka hayat barangan kegunaan yang lebih lama.
Untuk pembelian peranti elektronik sahaja, ketinggiannya boleh mencapai 10,000 kali ketinggian Menara Berkembar Petronas di Malaysia iaitu bersamaan dengan 4.86 juta meter.


Selain daripada itu juga, terdapat beberapa trend yang dianalisa di dalam laporan berkenaan khususnya mengenai tabiat pembelian pengguna di Carousell serta Mudah.my:
- Tiga kategori popular dalam kalangan pembeli melibatkan jualan barangan terpakai adalah fesyen, elektronik dan kereta.
- Tiga kategori yang paling banyak dicari ialah fesyen, kereta serta hobi dan mainan.
- Tiga kata kunci yang paling banyak digunakan oleh pengguna tempatan sepanjang masa dalam pasaran barang terpakai ialah IKEA, BTS dan Nike.